Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menobatkan Finland sebagai sebuah negara paling bahagia pada 20 Mac 2019 untuk tahun kedua berturut-turut.
Penganugerahan ini telah dijalankan oleh Sustainable Development Solutions Network untuk PBB sempena memperingati Hari Kebahagian setiap 20 Mac pada tahun tersebut.
Laporan World Happiness Report berdasarkan enam (6) faktor pemberat ia itu :
- Pendapatan
- Kebebasan
- Keramahan / Kemesraan
- Kepercayaan
- Usia kehidupan
- Sosial
Finland menepati 6 faktor pemberat di atas termasuk tekanan emosi merujuk kepada laporan yang dikeluarkan dan dikuatkan lagi oleh John Helliwell seorang profesor emeritus dalam Bidang Ekonomi di University of British Columbia dan juga salah seorang ahli Audit Laporan data laporan World Happiness Report .
Menurut John Helliwell orang Finland lebih bahagia berbanding penduduk negara lain, ini kerana cara hidup di mana mereka tinggal, orang Finland asal dan Imigran hidup bersama dan menganggap diri mereka imigran sebagai orang Finland.
Penduduk Finland sanggup membayar cukai yang tinggi kepada pemerintah atau kerajaan Finland seperti cukai tanah, cukai jalan dan seumpamanya untuk jaminan sosial kerana penduduk Finland percaya pemerintah mereka menjaminkan kebebasan dan penduduknya sangat ramah satu sama lain.
Mereka mengambil peduli diantara satu sama lain dan Finland adalah negara yang sesuai untuk sesiapa yang menginginkan kehidupan aman damai.
Namun terdapat segelintir pihak berasa pelik dan tertanya-tanya, bagaimana Finland sebuah negara di utara Eropah, terkenal dengan cuaca tidak menentu dan kadar bunuh diri yang tinggi menjadi sebuah negara paling bahagia?
Walaupun perbandingan antarabangsa tidak sempurna disebabkan kekurangan data, tetapi pada 1990, statistik rasmi menunjukkan kadar bunuh diri di Finland kedua tertinggi di dunia selepas Hungary
Pakar Institut Kesihatan dan Kebajikan Kebangsaan Finland, Timo Partonen memberi amaran terhadap keghairahan menyalahkan masalah iklim, cuaca sejuk melampau atau binaan mahupun bandar kesan perang di negara itu.
"Jika anda tertekan di mana-mana saja di muka bumi ini, anda tetap berdepan risiko bunuh diri. Saya fikir hubungan sosial dan sejauh mana keinginan anda untuk mencari atau menerima bantuan adalah perkara paling penting,” kata Partonen kepada AFP.
Kadar bunuh diri di Finland kini sudah menurun separuh daripada kadar pada 1990. Ia adalah hasil daripada kerja keras orang awam untuk memperbaiki kesedaran kesihatan awam selama sedekad untuk meningkatkan rawatan dan sokongan terutama kepada mereka yang berisiko, termasuk memastikan laporan media yang lebih bertanggungjawab terhadap isu terbabit.
Menurut Partonen, hari ini rakyat Finland menjadi lebih terbuka, terutama lelaki untuk berkongsi apa yang mereka rasakan.
“Ketika ini mudah untuk bercakap, jika anda mengalami tekanan agak mudah untuk dirawat dan rawatan yang sedia ada juga mencukupi.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar bunuh diri di Finland ketika ini berada di tempat ke-22 tertinggi di dunia, lebih rendah berbanding Amerika Syarikat (AS) dan satu anak tangga lebih tinggi berbanding Australia.
Penduduk Finland ketika ini menikmati kualiti hidup, keselamatan dan perkhidmatan awam yang tinggi, dengan kadar perbezaan taraf dan kemiskinan terendah dalam kalangan negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).
Sumber :Akhbar tempatan, AFP dan Penulis sendiri
0 Comments