Telah datang kepada kamu bulan Ramadan. Bulan yang penuh keberkatan. Allah s.w.t telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa padanya. ketika itu pintu-pintu syurga dibuka. Pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan telah dibelenggu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terlepas dari mendapat kebaikannya maka dia telah terhalang dari rahmat Allah s.w.t.
(Sunan An-Nasaie)
Berikut dikongsikan panduan pemakanan semasa bulan Ramadan agar memberikankan kekuatan dan kemudahan dalam ibadah puasa yang dilakukan selama sebulan.
- Makan makanan yang sihat untuk memastikan tubuh badan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan sepanjang hari.
- Elakkan makan makanan berminyak semasa iftar dan masam semasa sahur
- Berbuka puasa dengan kurma dan air, kemudian solat Maghrib sebelum makan malam
- Minum air yang banyak semasa sahur dan iftar bagi mengekalkan hidrasi
- Elakkan dari memakan makanan bergoreng dan tinggi kandungan gula dan garam
- Elakkan dari makan berlebihan ketika sahur dan iftar
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia membantu penghidratan sepanjang hari dan malam
- Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks seperti barli, bijirin, quinoa, kacang buncis, kekacang dan sebagainya
- Elakkan dari minum air manis dan banyakkan minum air suam.
0 Comments