MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pameran 5G Malaysia 2019


Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan pameran teknologi mudah alih generasi kelima Pameran 5G yang bertempat di Putrajaya,  Kuala Lumpur mulai 18 April sehingga 21 April 2019 pertama kalinya diadakan di Malaysia.
Tun Dr Mahathir Mohamad turut meluangkan masa menaiki kenderaan Exora tanpa pemandu sejauh kira-kira 100 meter dari Istana Kehakiman menuju ke Kompleks Perbadanan Putrajaya untuk majlis perasmian.
Pameran 5G anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), memberi peluang kepada orang ramai, pemain industri dan pihak berkepentingan merasai dan melihat sendiri manfaat teknologi 5G terhadap kehidupan mereka pada masa hadapan.
Selain kereta tanpa pemandu, pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai aplikasi kehidupan nyata yang dipamerkan seperti e-sukan, dron, pertanian jitu, pembuatan pintar dan kelas realiti maya.
Pameran ini juga disertai hampir kesemua syarikat telekomunikasi utama di negara Malaysia dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Baca juga : Teknologi 5G

Sumber : Online Utusan dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments