Penerbit dan pengarah, Michael Ang membuat
pengakuan sudah memeluk Islam sejak setahun lalu.
Mengumumkan sendiri khabar itu di media sosial
Michael juga sempat meminta maaf kerana merahsiakan syahadahnya untuk tempoh
yang agak lama.
"Assalammualaikum. Maafkan saya kalau
merahsiakan ni lebih dari setahun.
“Cuma saya rasa perkara ni antara saya dengan Allah
dan keluarga saya,” katanya di Instagram.
Michael berkata, dia membuat pengakuan itu kerana
tidak mahu masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya, terutama
apabila dia ke masjid untuk menunaikan solat.
“Alhamdulillah, sudah lebih setahun saya memeluk
Islam dan sudah bersedia memberitahu perkara ini kepada semua. Selama saya
mendalami agama Islam, banyak perkara yang saya harus pelajari.
“Rasanya lebih baik saya berterus terang daripada
orang melihat saya di masjid dan memperkatakan perkara ini.
Menyatakan hal itu menerusi klip video di saluran
Official Ria X di YouTube Michael berkata jika tidak diuar-uarkan dia bimbang
ada orang akan terserempak dan terkejut melihat dia menunaikan solat Jumaat.
Ramadan lalu, status agama Michael atau nama
penuhnya, Michael Ang Hai Swee mencetuskan persoalan ramai apabila dia kerap
berkongsi pengalaman belajar berpuasa.
“Doakan saya kekal pada jalan ini dan saya
alu-alukan segala tunjuk ajar daripada semua. Semoga kita dilihat baik di mata
Allah,” katanya.
Menerusi klip video sama, Michael yang masih
mengekalkan nama asal Michael Ang Hai Swee dilihat bergambar bersama dua tokoh
pendakwah terkenal di negara ini Hussein Yee dan dan Firdaus Wong.
Michael diyakini mengucapkan syahadah di hadapan
dua orang ustaz tersebut.
Sumber: Berita tempatan
0 Comments