MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Mempromosi Durian Malaysia di China

Hubungan perdagangan Malaysia dan China sememangnya situasi menguntungkan kedua belah pihak dari segi ekonomi dan hubungan diplomatik.

Dalam lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ke China sekali lagi produk pertanian Malaysia mendapat keistimewaan sebelum ini kelapa sawit, kini Durian mendapat tempat di negara China, apabila Durian dikenali sebagai "Raja Buah" dipamerkan bagi mempromosi sempena Forum Belt and Road (BRF) Bagi Kerjasama Antarabangsa.
Festival Durian Malaysia berlangsung selama dua hari itu dianjurkan oleh PLS Plantation Berhad (PLS Plantation), ia itu sebuah syarikat senaraian awam di Hotel China World.
Promosi tersebut dizahirkan melalui produk berasaskan Durian seperti hidangan diantaranya kek, tart dan burger

Dalam masa yang sama satu lagi perjanjian telah ditandatangani melibatkan hubungan perniagaan dagangan Durian dua hala diantara Malaysia dan China.

PLS Plantation menandatangani perjanjian bersama Shanghai Greenland Group, ZTE Corporation dan PTSKY dari China serta FGV Holdings Berhad (FGV) dari Malaysia.

Perjanjian diatas juga telah disaksikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada Mac 2019, PLS Plantation menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Greenland bagi membentuk Greenland-PLS Joint Venture untuk mengimport, menjual dan memasarkan produk durian.
Greenland-PLS Joint Venture berjaya mengimport produk sejuk beku dari pelbagai jenis Durian Malaysia,  seperti D197 Musang King dan D24 Sultan King.
Menerusi kerjasama FGV Holdings Berhad, Shanghai Greenlad Group dan ZTE Corporation serta Shanghai PTSKY, merancakkan sektor pertanian di Malaysia dan industri pertanian Durian dapat dipertingkatkan ketahap yang lebih menguntungkan dalam menyumbang kepada ekonomi kedua buah negara.
Merujuk kepada data perdagangan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), eksport durian ke China meningkat secara purata sebanyak 35 peratus setiap setahun, dan dengan anggaran nilai RM4.5 bilion (USD1.1 bilion) pada tahun 2017 iaitu RM1 bilion (USD243 juta) lebih tinggi berbanding sedekad lalu.


Sumber : Berita Harian dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments