Perbuatan melancarkan serangan dengan menggunakan beratus - ratus peluru berpandu terhadap penempatan rakyat palestin oleh rejim zionis atau dikenali sebagai tentera Israel adalah perbuatan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia melalui Perdana Menterinya Tun Dr Mahatir Mohamad mengutuk sekeras - kerasnya serangan yang dibuat oleh pihak Israel.
Tindakan terancang Israel berhubung serangan ganas, menghasut, provokasi dan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin yang tidak berdaya mempertahankan diri, secara terang-terangan melanggari undang-undang antarabangsa, seperti mana yang dinyatakan dalam resolusi PBB.

Kanak-kanak bawah umur dan yang tidak mempunyai kekuatan untuk melindungi diri sendiri menjadi mangsa dan keganasan tentera Israel.
Ramai kanak - kanak yang sepatutnya bersekolah ditahan dan disoal selidik oleh rejim zionis, akhirnya mereka trauma dan menjadi takut.

Diharapkan masyarakat dunia dan pertubuhan PBB serta semua pihak supaya meredakan ketegangan yang semakin memuncak dan mengembalikan semula keamanan, serta menggesa Israel supaya menghormati undang-udang kemanusiaan antarabangsa, termasuk perlindungan orang awam selain menghormati sepenuhnya gencatan senjata.
Perlakuan keganasan dan kezaliman berlebihan tanpa kesudahan yang dilancarkan Israel ke atas rakyat Palestin menggambarkan keadaan yang amat membimbangkan.
Perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini telah meningkat sebelum ini dan mengakibatkan kehilangan terlalu banyak nyawa yang tidak bersalah.
Semua pihak dan komuniti antarabangsa sepatutnya membantah dan tidak mempersetujui kezaliman serta kekerasan yang dilakukan oleh tentera Israel/rejim zionis terhadap rakyat palestin.
Petikan Kata Tun Dr. Mahatir Mohamad melalui Bernama (Media internet) berbunyi “Dengan berdiam diri, komuniti antarabangsa sekali lagi nampaknya mempersetujui penggunaan kekerasan oleh Israel, sekali gus memburukkan lagi bencana kemanusiaan ke atas rakyat Palestin yang tidak bersalah.

Sumber : Bernama dan Penulis sendiri
0 Comments