MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Malaysia Mempertimbangkan Penukaran Sistem Percukaian

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa kerajaan Malaysia akan mempertimbangkan kemungkinan menukar  sistem percukaian di negara ini dalam usaha menggalakkan penggunaan produk tempatan.
Tun Dr Mahathir Mohamad berasa hairan dan tidak tahu mengapa dasar kerajaan Malaysia pada masa ini lebih cenderung menggalakkan import berbanding eksport. Dasar ini menyebabkan Kita tidak berkhidmat dengan negara kita sendiri oleh itu kerajaan Malaysia perlu menukar dasar Ini yang akan membabitkan perancangan dalam menstruktur semula cukai membabitkan industri tertentu.
Menerusi pendekatan mestruktur semula cukai lebih banyak produk tempatan akan dikeluarkan, sekali gus membantu pengurangan import, namun rakyat tidak boleh dipaksa membeli barangan keluaran tempatan walaupun ia menjadi dasar kerajaan.
Sekiranya diperhatikan persamaan dengan dasar  kempen "Belilah Barangan Buatan Malaysia" yang pernah di perkenalkan oleh Tun Dr Mahathir sendiri yang telah merubah dan membantu ekonomi Malaysia ketika itu semasa kemelesatan ekonomi dunia pada tahun 1997 dan 1998.
Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar rakyat Malaysia dapat mencontohi masyarakat Jepun yang cenderung membeli dan menyokong  produk negara mereka sendiri.
Persepsi memandang rendah terhadap keluaran produk tempatan perlu dihakis dari minda rakyat Malaysia sendiri dan menyokong produk keluaran tempatan dan sekiranya ini berlaku akhirnya kualiti dan standard produk keluaran Malaysia setaraf dan setanding dengan produk negara lain, kerana Malaysia juga mempunyai pakar - pakar terbaik dalam bidang industri yang ada di Malaysia seperti Pembuatan,  Automotif, Kejuruteraan, Perkapalan dan lain - lain lagi.

Sumber : Akbar tempatan dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments