Negara Malaysia kekal menduduki tempat pertama
indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim
Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut, tetapi buat julung
kalinya berkongsi kedudukan itu dengan negara Indonesia.
Kaji selidik berdasarkan laporan GMTI 2019
menyenaraikan 130 destinasi diperingkat
global dan memberikan markah 78 kepada negara Malaysia dan Indonesia. Pada
tahun 2018 negara Malaysia mencatatkan markah indeks 80.6 manakala Indonesia berkongsi
mata dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 72.8 markah.
Walaupun terdapat penurunan markah bagi negara Malaysia
namun masih lagi mengungguli carta GMTI Sembilan (9) tahun berturut-turut dan
peningkatan buat negara Indonesia dari markah 72.8 kepada 78 pada tahun 2019.
Berasaskan indeks di atas, negara Malaysia terus
mengukuhkan status sebagai destinasi halal yang terulung di dunia.
Dalam kenyataan bersama, MasterCard dan
CrescentRating berkata Indonesia meningkat daripada tempat kedua ke tempat teratas
menerusi usaha berterusan Kementerian Pelancongan negara itu untuk melabur
dalam industri pelancongan dan pengembaraannya, dan membangunkan infrastruktur
mesra pelancong Islam.
Negara lain dalam kalangan 10 negara teratas ialah
Turki (75 markah), Arab Saudi (72), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (71), Qatar
(68), Maghribi (67), Bahrain (66), Oman (66) dan Brunei (65).
Singapura kekal destinasi pelancongan mesra Islam
perdana dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada
tahun ini, diikuti Thailand, United Kingdom, Jepun dan Taiwan.
Indeks itu selari kekukuhan dan pertumbuhan
destinasi pelancongan mesra Islam dalam empat bidang strategik, iaitu:-
- Akses,
- Komunikasi,
- Persekitaran dan
- Perkhidmatan.
Kajian pada 2017 perlu diambil perhatian, terdapat
kira-kira 131 juta pelancong Islam di seluruh dunia, meningkat 121 juta
berbanding 2016 dan ia dijangka bertambah kepada 156 juta pengunjung menjelang
2020, merangkumi 10 peratus daripada segmen pelancongan.
GMTI 2018 turut membuktikan bahawa pasaran
pelancongan Muslim bakal meneruskan pertumbuhan pantas untuk mencecah angka
AS$220 bilion pada 2020.
Pasaran itu diunjur meningkat sebanyak AS$80 bilion
untuk mencecah angka AS$300 bilion menjelang 2026.
Sumber : Bernama, GMTI & Penulis sendiri
0 Comments