Menurut kenyataan Kementerian Industri Utama Malaysia di bawah menteri Teresa Kok Suh Su kedua-dua negara pengeluar utama minyak sawit dunia itu akan memulakan misi bersama ke Brussels di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).
Misi bersama itu telah dipersetujui pada Mesyuarat Peringkat Menteri CPOPC Keenam yang diadakan di Jakarta, Indonesia, pada 28 Februari 2019 bagi menyatakan pendirian negara-negara terbabit berhubung Peraturan Perwakilan berkenaan.
Mesyuarat peringkat menteri Majlis Negara- Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) kali Keenam diantaranya membincangkan isu - isu dasar perdagangan yang menjejaskan negara anggota, pengeluaran lestari tanaman dan aktiviti bagi mengukuhkan kerjasama dalam industri.
Baca juga : Malaysia Tidak Istihar Perang Pada EU
Sumber : Bernama dan Penulis sendiri
Baca juga : Malaysia Tidak Istihar Perang Pada EU
Sumber : Bernama dan Penulis sendiri
0 Comments