Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM20,000 dan pelbagai tawaran eksklusif lain kepada pengunjung Malaysia Autoshow 2019 yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula 11 hingga 14 April ini.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd. Datuk Dr. Zahari Husin berkata, pengunjung yang menempah Myvi, Axia, Bezza atau Alza pada acara tersebut akan menikmati rebat khas sebanyak RM500.
Pengujung juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM20,000 atau pelbagai peranti elektronik serta promosi ‘3 Hassle Free Bonus’ semasa pendaftaran kenderaan baharu, sepanjang empat hari acara itu berlangsung
Promosi ‘3 Hassle Free Bonus’ merangkumi :-
- Perlindungan Aset Dijamin selama tiga tahun dan
- Perlindungan Kemalangan Peribadi selama tiga tahun semasa pembaharuan insurans dan/atau
- Servis serta baucar RM300 yang boleh digunakan untuk sebarang pembelian dan perkhidmatan di pusat servis Perodua.
Inilah masa dan tempat yang terbaik untuk menjadi pelanggan Perodua dengan tawaran menarik untuk produk dan perkhidmatan Perodua yang hanya boleh didapati di Malaysia Autoshow 2019.
Pakej pelincir terpilih boleh didapati pada diskaun sehingga 15 peratus dan aksesori terpilih sehingga 10 peratus. Koleksi GearUp yang penuh bergaya turut ditawarkan pada diskaun 10 peratus.
Pengunjung yang membelanjakan RM150 dan ke atas untuk pembelian barangan selepas jualan akan membawa pulang botol air Perodua manakala mereka yang membelanjakan RM150 dan ke atas untuk membeli e-baucar akan mendapat payung Perodua, sementara stok masih ada.
Pengunjung yang membeli atau menempah kit badan atau pakej GearUp akan mendapat e-baucar semasa pendaftaran kenderaan baharu mereka yang ditempah pada acara ini bernilai:-
- RM150 untuk Myvi dan Alza,
- RM200 untuk Axia dan
- RM300 untuk Bezza.
Kenderaan konsep Perodua yang dipertontonkan pada Pertunjukan Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) iaitu X-Concept dan Myvi GT akan turut dipamerkan di Malaysia Autoshow 2019.
Perodua juga akan membawa Kenderaan Pra-Milik Sah bagi mereka yang mahukan ketenangan minda menyeluruh semasa membeli kenderaan terpakai Perodua.
Pengunjung boleh merasai sendiri teknologi Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) yang terdapat pada Myvi dan Aruz bagi memahami bagaimana ia berfungsi untuk mengelakkan pelanggaran dan situasi yang tidak diingini.
Sumber : Utusan Online
Sumber : Utusan Online
1 Comments
Still impressive with the auotohow of Perodua Axia
ReplyDelete