Kerajaan Malaysia meluluskan
permohonan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk melanjutkan tempoh
perjanjian operasi bagi mengoperasi, mengurus dan menyelenggara 39 buah
lapangan terbang di bawah kendaliannya sehingga 11 Februari 2069.
Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) merupakan syarikat
lapangan terbang Malaysia yang menguruskan kebanyakan lapangan-lapangan terbang
di Malaysia. MAHB juga diberi tugas menguruskan beberapa lapangan terbang di
luar negara.
Malaysia Airport Berhad
dikorporatkan pada tahun 1991 apabila Parlimen Malaysia meluluskan satu kertas
kerja untuk mengasingkan Jabatan Penerbangan Awan (DCA) kepada dua entiti masing-masing
mempunyai perspektif tugas yang berbeza. DCA masih berfungsi sebagai badan yang
mengawal industri penerbangan dan lapangan terbang di Malaysia manakala entiti
baru yang ditubuhkan, Malaysia Airports Berhad akan memberi lebih fokus kepada
operasi, pengurusan dan penyelenggaraan lapangan-lapangan terbang. Pada bulan
November 1992, badan ini telah diberi lesen untuk menjalankan tugasnya sebagai
pengurus lapangan terbang.
Kementerian Pengangkutan Malaysia
dalam kenyataannya hari ini 12 April
2019 memaklumkan perjanjian operasi sedia ada yang telah ditandatangani pada 12
Februari 2009 akan dibatalkan serta merta dan digantikan dengan empat
perjanjian operasi baharu melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), lapangan terbang yang ditetapkan di Semenanjung, Lapangan Terbang Sabah
dan Lapangan Terbang Sarawak.
Kesemua perjanjian operasi ini
akan dimuktamadkan dan ditandatangani antara kerajaan serta MAHB berdasarkan
prinsip-prinsip asas yang ditetapkan oleh Kabinet. Sejajar dengan itu,
perjanjian pajakan baharu bersifat ‘cp-terminus’ dengan perjanjian operasi juga
akan turut ditandatangani.
Inisiatif ini membolehkan MAHB
melaksanakan pelan pembangunan komersial yang lebih berdaya maju seterusnya
meningkatkan pendapatan negara melalui mekanisme perkongsian hasil ke atas
tanah milik kerajaan yang dibangunkan syarikat berkenaan.
kerajaan Malaysia juga akan
menerima bayaran cukai yang lebih tinggi, menyediakan peluang pekerjaan yang
lebih banyak kepada rakyat dan meningkatkan peluang pelaburan swasta dalam
aktiviti pembangunan lapangan terbang.
Justeru, Kementerian Pengangkutan
sedang mengambil tindakan untuk memuktamadkan semua perjanjian baharu bersama
pihak MAHB serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Sumber: Utusan online dan Wikipedia
0 Comments