Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Malaysia Tunku Alizakri Alias, berkata KWSP telah menandatangani Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Langkah itu secara formal menggariskan komitmen
dana pencen itu kepada pelaburan yang bertanggungjawab serta alam sekitar,
sosial dan tadbir urus (ESG).
Penandatangan dikehendaki melaksanakan enam Prinsip
Pelaburan Bertanggungjawab, termasuk menggabungkan pertimbangan ESG dalam
analisis pelaburan mereka dan proses membuat keputusan.
Berikut adalah 6 perinsip tersebut:-
Berikut adalah 6 perinsip tersebut:-
- Kami akan menggabungkan isu ESG dalam analisis pelaburan dan proses membuat keputusan.
- Kami akan menjadi pemilik aktif dan menggabungkan isu ESG dengan dasar pemilikan dan amalan kami.
- Kami akan mendapatkan pendedahan yang sewajarnya mengenai isu ESG daripada entiti di mana kami melabur.
- Kami akan menggalakkan penerimaan dan pelaksanaan Prinsip dalam industri pelaburan.
- Kami akan bekerjasama untuk mempertingkatkan keberkesanan kami dalam melaksanakan Prinsip tersebut.
- Kami semua akan memberi laporan tentang aktiviti dan kemajuan kami dalam pelaksanaan Prinsip tersebut
Perkembangan KWSP menjadikan institusi ini menjana dana yang besar hingga trilion ringgit memerlukan penyelarasan aktiviti pelaburan dengan mengutamakan kepentingan
masyarakat dalam memberikan prospek yang baik serta matlamat menjadikan KWSP sebagai dana simpanan persaraan yang didorong oleh pewujudan nilai jangka
panjang yang mampan kepada pihak berkepentingan.
Perlaksanaan amalan ESG adalah terbaik di mana dapat memberikan kesan kepada prestasi portfolio pelaburan untuk pelbagai
peringkat dalam syarikat, sektor dan wilayah.
Adalah diharapkan agar KWSP dapat menggabungkan
faktor ESG dalam usaha wajar pelaburan dan proses membuat keputusan,
berdasarkan potensi untuk meningkatkan pulangan dan mengukuhkan rangka kerja
pengurusan risiko sedia ada.
pelaburan KWSP adalah pelaburan yang tidak membabitkan syarikat
yang dilihat sebagai tidak beretika seperti syarikat atau pelaburan yang terbabit dengan
alkohol, tembakau, perjudian, persenjataan dan kuasa nuklear.
Pengumuman KWSP hari ini dalam menandatangani Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), akan
menyaksikan KWSP mengukuhkan komitmennya kepada ESG dan prinsip pelaburan yang
mampan, menyediakan asas kepada amalan sosial dan mesra alam yang lebih kukuh,
di samping tadbir urus korporat yang baik dalam kalangan syarikat penerima
pelaburannya.
Langkah ini akan meningkatkan keupayaan dana
terbabit untuk mengimbangi pulangan kewangan dengan impak yang dapat diukur ke
arah masyarakat dan alam sekitar untuk manfaat generasi akan datang.
Walaupun pertimbangan kewangan kekal penting, namun perlu mengambil kira implikasi yang lebih besar daripada aktiviti pelaburan ke atas
masyarakat, menekankan apa yang baik dan betul serta meminimumkan yang
negatif.
Sumber : Bernama dan Penulis sendiri
Sumber : Bernama dan Penulis sendiri
0 Comments