MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) Malaysia


Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi Mac 2019 telah diaktifkan di Semenanjung, Sabah serta Sarawak yang membolehkan pekebun kecil membuat tuntutan pembayaran mulai 1 April 2019.
Menurut kenyataan Lembaga Getah Malaysia (LGM) hari ini, langkah itu membabitkan bayaran masing-masing:-
  1. 25 sen sekilogram di Semenanjung.
  2. 55 sen sekilogram di Sabah.
  3. 40 sen sekilogram di Sarawak.

Pengaktifan berkenaan berikutan harga purata getah pada Mac 2019 di peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) berada pada paras:-
  1. RM2.25 sekilogram bagi Semenanjung.
  2. RM1.95 sekilogram bagi Sabah.
  3. RM2.10.sekilogram bagi Sarawak.

Bermula Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 (Standard Malaysian Rubber) FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada pada paras di bawah RM2.50 sekilogram.
Pekebun kecil yang ingin membuat tuntutan boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan Mac 2019 mulai 1 April 2019 hingga 30 April 2019.
Sumber: Bernama 

Post a Comment

0 Comments