Berikutan kejatuhan harga gas
asli cecair (LNG) Amerika Syarikat (AS) susut lebih 40 peratus sejak Jun tahun
lalu kepada AS$6.50 (RM26.50)/MMBtu, terendah sejak September 2017. Menurut
laporan Reuters pada 15 Februari lalu.
Manakala harga kargo arang batu
bagi eksport dari Terminal Newcastle Australia menurun bagi sukuan sejak
pertengah 2018 kepada bawah AS$90 (RM366) setiap tan buat pertama kali sejak
2017.
Negara Malaysia melalui rangka
kerja IBR (Kawal Selia Berasaskan Insentif) di bawah Suruhanjaya Tenaga (ST) ,
kerajaan Malaysia menetapkan tarif untuk tempoh tiga tahun pada masa (dikenali sebagai
tempoh pengawalseliaan) untuk memastikan kestabilan pasaran. Susulan bahan api
membentuk sebahagian besar tarif, turun naik dalam pasaran antarabangsa perlu
diambil kira dalam kenaikan dan penurunan tarif.
IBR adalah garis panduan baharu
untuk mengawal selia industri utiliti yang membekalkan tenaga elektrik kepada
rakyat sebagai contoh bagi negara Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Sarawak Energy (SESCO) bagi
meningkatkan kecekapan operasi demi kebaikan rakyat dan pengguna/pelanggan, kecekapan ini dinilai dari masa ke semasa melalui satu rangka kerja insentif
yang berasaskan ganjaran dan denda (penalti).
Perlaksanaan IBR ini memastikan industri utiliti atau pembekalan elektrik mengenakan tariff elektrik yang kompetetif dan berpatutan kepada pengguna/pelanggan di setiap negeri dan negara.
Perlaksanaan IBR ini memastikan industri utiliti atau pembekalan elektrik mengenakan tariff elektrik yang kompetetif dan berpatutan kepada pengguna/pelanggan di setiap negeri dan negara.
Diantara negara-negara dunia yang
telah melaksanakan program IBR ini adalah seperti berikut:
Benua Asia
1.Malaysia
2.Filipina
Kesatuan
Eropah (EU)
1.Austria
2.Belgium
3.Bulgaria
4.Czech Republic
5.Finland
6.France
7.Germany
8.Denmark
9.Hungry
10.Ireland
11.Italy
12.Latvia
13.Lithuania
14.Luxembourg
15.Netherlands
16.Norway
17.Poland
18.Portugal
19.Monaco
20.Romania
21.Slovakia
22.Slovenia
23.Sepanyol
24. United Kingdom
Benua
Canada
1.Canada
Bagi negara Malaysia, pelarasan
kadar tarif dibuat setiap enam bulan (Januari – Jun dan Julai – Disember) berdasarkan
kos untuk menjana elektrik. Badan yang mengawal selia tarif elektrik iaitu
Suruhanjaya Tenaga (ST), dengan menggunakan mekanisme Kos Pelepasan Tidak
Seimbang (ICPT) bagi tujuan ini.
Mekanisme ICPT telah diterima
pakai oleh banyak negara lain untuk mengekalkan kestabilan dalam pasaran
domestik dan melindungi mereka daripada ketidaktentuan di peringkat
antarabangsa.
Pergerakan harga arang batu dan gas di pasaran
antarabangsa yang merosot dalam beberapa bulan ini perlu sepatutnya memberi
kesan dan menjadikan tariff elektrik yang lebih rendah. Justeru terdapat keperluan
untuk mengkaji semula tarif dan mekanisme yang mengawal selia tarif dalam kementerian
dan industri pembekal tenaga seterusnya di bentangkan di Parlimen Malaysia.
Dalam tempoh pengawalseliaan
kedua (RP2) selama tiga tahun antara 2018 dan 2020, harga untuk arang batu
ditetapkan pada US$75 satu tan. Sejak surcaj ditetapkan pada awal tahun lepas,
harga arang batu naik setinggi US$97.8 satu tan pada satu masa sebelum susut di
bawah US$90 satu tan dari pertengahan 2018.
Melalui rangka kerja IBR (Kawal
Selia Berasaskan Insentif) di bawah Suruhanjaya Tenaga, kerajaan menetapkan
tarif untuk tempoh tiga tahun pada masa (dikenali sebagai tempoh
pengawalseliaan) untuk memastikan kestabilan pasaran. Susulan bahan api
membentuk sebahagian besar tarif, turun naik dalam pasaran antarabangsa perlu
diambil kira dalam tarif.
Kerajaan mengkaji semula harga
bahan api sebenar setiap enam bulan dan membuat pelarasan yang diperlukan untuk
mencerminkannya dalam mekanisme ICPT. Perubahan dalam harga bahan api
dicerminkan sebagai rebat atau surcaj, bergantung kepada penurunan atau
peningkatan harga bahan api berbanding harga bahan api yang ditetapkan oleh
kerajaan, yang diberikan kepada pengguna.
Mekanisme ICPT bertujuan untuk
adil dan telus serta sejajar dengan piawaian global dan mematuhi rangka kerja
IBR yang telah dipersetujui. Sejak Mac 2015, pengguna di Malaysia telah
menikmati rebat lebih daripada RM6.3 bilion sehingga pertengahan tahun lepas.
Berdasarkan senario semasa, pakar
tenaga berpendapat mungkin masa yang baik untuk mengkaji semula seluruh proses
penetapan tarif. Tarif melalui rangka kerja IBR telah dan terus mengekalkan
kepentingan rakyat atau rakyat diambil kira, memandangkan tarif untuk pelanggan
domestik atau kediaman telah dihadkan dan surcaj diberi subsidi oleh kerajaan.
Pada masa ini, Malaysia menikmati
antara tarif elektrik terendah di dunia. Kebanyakannya disebabkan kerajaan
menyediakan subsidi bagi gas asli dan tarif elektrik tersebut.
Adalah diharapkan perlaksanaan
IBR ini memberikan kebaikan kepada rakyat, kerajaan dan pengguna dalam membantu
mengurangkan kos sara hidup rakyat dan ekonomi negara dalam keadaan baik serta
stabil.
Sumber: Bernama & Penulis
sendiri.
0 Comments