MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

IBR Malaysia



Berikutan kejatuhan harga gas asli cecair (LNG) Amerika Syarikat (AS) susut lebih 40 peratus sejak Jun tahun lalu kepada AS$6.50 (RM26.50)/MMBtu, terendah sejak September 2017. Menurut laporan Reuters pada 15 Februari lalu.

Manakala harga kargo arang batu bagi eksport dari Terminal Newcastle Australia menurun bagi sukuan sejak pertengah 2018 kepada bawah AS$90 (RM366) setiap tan buat pertama kali sejak 2017.

Negara Malaysia melalui rangka kerja IBR (Kawal Selia Berasaskan Insentif) di bawah Suruhanjaya Tenaga (ST) , kerajaan Malaysia menetapkan tarif untuk tempoh tiga tahun pada masa (dikenali sebagai tempoh pengawalseliaan) untuk memastikan kestabilan pasaran. Susulan bahan api membentuk sebahagian besar tarif, turun naik dalam pasaran antarabangsa perlu diambil kira dalam kenaikan dan penurunan tarif.

IBR adalah garis panduan baharu untuk mengawal selia industri utiliti yang membekalkan tenaga elektrik kepada rakyat sebagai contoh bagi negara Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Sarawak Energy  (SESCO) bagi meningkatkan kecekapan operasi demi kebaikan rakyat dan pengguna/pelanggan, kecekapan ini dinilai dari masa ke semasa melalui satu rangka kerja insentif yang berasaskan ganjaran dan denda (penalti).

Perlaksanaan IBR ini memastikan industri utiliti atau pembekalan elektrik mengenakan tariff elektrik yang kompetetif dan berpatutan kepada pengguna/pelanggan di setiap negeri dan negara.

Diantara negara-negara dunia yang telah melaksanakan program IBR ini adalah seperti berikut:

Benua Asia
1.Malaysia
2.Filipina

Kesatuan Eropah (EU)

1.Austria
2.Belgium
3.Bulgaria
4.Czech Republic
5.Finland
6.France
7.Germany
8.Denmark
9.Hungry
10.Ireland
11.Italy
12.Latvia
13.Lithuania
14.Luxembourg
15.Netherlands
16.Norway
17.Poland
18.Portugal
19.Monaco
20.Romania
21.Slovakia
22.Slovenia
23.Sepanyol
24. United Kingdom

Benua Canada

1.Canada

Bagi negara Malaysia, pelarasan kadar tarif dibuat setiap enam bulan (Januari – Jun dan Julai – Disember) berdasarkan kos untuk menjana elektrik. Badan yang mengawal selia tarif elektrik iaitu Suruhanjaya Tenaga (ST), dengan menggunakan mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) bagi tujuan ini.

Mekanisme ICPT telah diterima pakai oleh banyak negara lain untuk mengekalkan kestabilan dalam pasaran domestik dan melindungi mereka daripada ketidaktentuan di peringkat antarabangsa.

Pergerakan harga arang batu dan gas di pasaran antarabangsa yang merosot dalam beberapa bulan ini perlu sepatutnya memberi kesan dan menjadikan tariff elektrik yang lebih rendah. Justeru terdapat keperluan untuk mengkaji semula tarif dan mekanisme yang mengawal selia tarif dalam kementerian dan industri pembekal tenaga seterusnya di bentangkan di Parlimen Malaysia.

Dalam tempoh pengawalseliaan kedua (RP2) selama tiga tahun antara 2018 dan 2020, harga untuk arang batu ditetapkan pada US$75 satu tan. Sejak surcaj ditetapkan pada awal tahun lepas, harga arang batu naik setinggi US$97.8 satu tan pada satu masa sebelum susut di bawah US$90 satu tan dari pertengahan 2018. 

Melalui rangka kerja IBR (Kawal Selia Berasaskan Insentif) di bawah Suruhanjaya Tenaga, kerajaan menetapkan tarif untuk tempoh tiga tahun pada masa (dikenali sebagai tempoh pengawalseliaan) untuk memastikan kestabilan pasaran. Susulan bahan api membentuk sebahagian besar tarif, turun naik dalam pasaran antarabangsa perlu diambil kira dalam tarif. 

Kerajaan mengkaji semula harga bahan api sebenar setiap enam bulan dan membuat pelarasan yang diperlukan untuk mencerminkannya dalam mekanisme ICPT. Perubahan dalam harga bahan api dicerminkan sebagai rebat atau surcaj, bergantung kepada penurunan atau peningkatan harga bahan api berbanding harga bahan api yang ditetapkan oleh kerajaan, yang diberikan kepada pengguna.

Mekanisme ICPT bertujuan untuk adil dan telus serta sejajar dengan piawaian global dan mematuhi rangka kerja IBR yang telah dipersetujui. Sejak Mac 2015, pengguna di Malaysia telah menikmati rebat lebih daripada RM6.3 bilion sehingga pertengahan tahun lepas.

Berdasarkan senario semasa, pakar tenaga berpendapat mungkin masa yang baik untuk mengkaji semula seluruh proses penetapan tarif. Tarif melalui rangka kerja IBR telah dan terus mengekalkan kepentingan rakyat atau rakyat diambil kira, memandangkan tarif untuk pelanggan domestik atau kediaman telah dihadkan dan surcaj diberi subsidi oleh kerajaan. 

Pada masa ini, Malaysia menikmati antara tarif elektrik terendah di dunia. Kebanyakannya disebabkan kerajaan menyediakan subsidi bagi gas asli dan tarif elektrik tersebut.

Adalah diharapkan perlaksanaan IBR ini memberikan kebaikan kepada rakyat,  kerajaan dan pengguna dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dan ekonomi negara dalam keadaan baik serta stabil.

Sumber: Bernama & Penulis sendiri.

Post a Comment

0 Comments