MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Had Menunaikan Haji


Tindakan Tabung Haji (TH) mengehadkan pendepositnya menunaikan Fardhu Haji sekali sahaja bagi memberi peluang kepada lebih ramai umat Islam menunaikan Fardhu Haji bermula tahun ini 2019 khususnya rakyat Malaysia disambut baik oleh Multi Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Sudah sewajarnya TH mengenakan sekatan terhadap pendepositnya yang sudah menunaikan haji daripada mengerjakan ibadat berkenaan buat kali kedua bagi memendekkan giliran menunggu mereka yang mahu berbuat demikian.
Peraturan tersebut dapat memberi peluang kepada orang lain untuk menunaikan Fardhu Haji Rukun  Islam ke lima (5) dan bukannya orang yang sama saja dapat peluang mengerjakan Fardhu Haji. 
Jika tidak, hanya orang yang kaya saja dapat menunaikan Fardhu Haji, sedangkan mereka yang tidak kaya terpaksa menunggu tempoh lama untuk berbuat demikian.
Keputusan yang dibuat oleh TH menetapkan pendeposit yang sudah menunaikan haji tidak lagi dibenar mendaftar semula dengan institusi pengurusan dana haji itu untuk mengerjakan ibadat berkenaan buat kali kedua. Amalan lazim selama ini ialah pendeposit yang sudah menunaikan haji, boleh mendaftar semula selepas lima tahun untuk senarai menunggu.

Sehingga kini dilaporkan seramai 3.2 juta orang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan Fardhu Haji.

Kerajaan Arab Saudi perlu membahagi - bahagikan kouta bagi negara - negara yang mempunyai penganut beragama Islam untuk menunaikan Fardhu Haji dan kouta yang diberikan kepada kerajaan Malaysia tidak besar atau ramai sedangkan mereka yang berada dalam senarai menunggu giliran terlalu ramai sehingga kini 3.2 juta jadi sudah sewajarnya dilakukan sekatan terhadap mereka yang sudah melaksanakan ibadat berkenaan.
Bagi mereka yang mempunyai kemampuan bagaimanapun masih boleh menunaikan haji untuk kali kedua menggunakan pakej pihak swasta, dan bukannya menerusi pakej muassasah disediakan TH.

Tan Sri Harussani Zakaria berkata pakej muassasah yang disediakan TH memang sewajarnya diberikan hanya untuk umat Islam yang mahu menunaikan haji untuk kali pertama dalam hidupnya.

Sumber : Berita Harian dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments