Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Mujahid Yusof berkata Lembaga Tabung Haji (TH) akan mencari kaedah untuk
memendekkan tempoh menunggu bagi pendepositnya mendapat giliran menunaikan
ibadah Fardhu Haji dan akan dilakukan oleh pihak pengurusan TH.
Pihak TH memikirkan bagaimana untuk mengurangkan waktu
menunggu giliran menunaikan Fardhu Haji yang panjang sehingga ada yang mencapai 100 tahun dan perancangan ini tidak mustahil untuk dilaksanakan.
Mengenai kewangan TH, proses pemulihan dengan
memindahkan aset-aset yang tidak menguntungkan TH kepada Syarikat Tujuan Khas
atau SPV milik kerajaan menampakkan kesan positif apabila meletakkan aset TH
kepada RM 76.5 bilion berbanding tanggungan dan deposit RM75.5 billion setakat
Disember 2018. sekaligus mencatatkan lebihan aset sebanyak RM1 bilion bagi
tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
TH akan melihat keperluan penstrukturan semula dari
sudut kewangan untuk menjaga kebajikan Jemaah sekiranya diperlukan dan penstrukturan
yang dirancang TH berjalan lancar, hibah pada tahun kewangan 2019 akan lebih
meningkat dan lebih baik.
Sumber : Bernama & Penulis sendiri
0 Comments