MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Food Bank Siswa UM

Susulan pengenalan program Food Bank oleh negara Malaysia di bawah kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Program Food Bank ini inisiatif awam-swasta untuk memperluas capaian bank makanan yang ditubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada pihak yang memerlukan dengan sebaik-baiknya.

Terutamanya pelajar universiti - universiti awam dari keluarga golongan B40 terpaksa berjimat cermat bagi kelangsungan pengajian mereka dan mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan kewangan.

Ramai pelajar dari golongan B40 terpaksa mencatu wang saku yang diberi keluarga dengan memilih menu paling menjimatkan daripada membeli makanan di kafe tertentu yang didakwa agak mahal, sehingga ada yang terdedah kepada serangan gastrik.
Justeru itu,  beberapa pihak dari NGO dan ahli perniagaan menyambut baik program ini dan bersama bagi membantu kepada mereka yang memerlukannya.

Pada hari ini 11 April 2019 sebanyak 250 pek makanan dalam program ‘Mobile Food Bank’ (Bank Makanan Bergerak) diagihkan kepada pelajar Universiti Malaya (UM) yang berstatus miskin dan kurang berkemampuan dalam siri kedua di empat buah Kolej Kediaman terpilih.
Program anjuran Suara Komuniti Berita Harian (BH) ini mendapat kerjasama dari syarikat korporat, Mydin Holding Berhad (Mydin) dan Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi).
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin, berkata syarikatnya yang sudah 62 tahun berkhidmat untuk rakyat Malaysia terpanggil untuk membantu meringankan kos perbelanjaan pelajar kurang berkemampuan di UM dengan menyumbang barangan makanan melalui program Mobile Food Bank tersebut.
Program ini adalah tanggungjawab semua pihak untuk membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar- pelajar universiti yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap dan hanya tujuan utama untuk belajar sehingga berjaya bagi mendapatkan segulung ijazah atau diploma, kadang-kala terpakasa mengikat perut untuk menampung kos kehidupan harian.
Harapan Mydin, dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban pelajar-pelajar berkenaan, sekali gus membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran, #mydinprihatin' kata Pengarah Urusan Mydin.
Turut membantu dalam melaksanakan pengagihan adalah Ahli Jawatankuasa Kampus UM Bank Makanan dan Briged Sukarelawan Media Prima Berhad (MPB) - News Straits Times Press (NSTP) yang diketuai oleh Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi.
Pogram ini sangat baik sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup pelajar dan ia juga membantu pelajar sasaran yang malu untuk tampil ke depan mendapatkan bantuan yang disediakan ini.Adalah diharapkan program Food Bank ini diperluaskan agar boleh dinikmati oleh golongan B40 terutamanya pelajar - pelajar universiti di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Usaha pihak kerajaan Malaysia dalam membantu golongan pelajar mendepani kos sara hidup yang tinggi ketika ini sangatlah dihargai dan diharapkan usaha seperti ini di pergiatkan lagi agar semua pelajar dan masyarakat menikmatinya.

Sumber : Berita Harian dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments