Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:" Sesungguhnya Allah s.w.t dan para malaikat-Nya mengirim rahmat ke atas mereka yang makan sahur".
1. Dengan bersahur, sunnah dituruti.
Rasulullah s.a.w mengambil berat dalam bersahur. Abdullah bin Haris r.a meriwayat bahawa seorang sahabat berkata : Suatu ketika aku menziarahi Rasulullah tatkala baginda sibuk bersahur. Kemudian Rasulullah bersabda : "Inilah perkara yang penuh dengan keberkatan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu. Jangan ditinggalkan". Walaupun tidak ada makanan, maka sebiji tamar hendaklah dimakan ataupun seteguk air perlulah diminum.
2. Melalui bersahur kita membezakan diri kita dengan cara ahlul - kitab dan umat-umat yang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Perbezaan di antara puasa yang dilakukan dengan yang dilakukan oleh Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah terletak di dalam pengambilan makan sahur yang mana mereka tidak lakukan".
3.Sahur akan menambah kekuatan untuk beribadat
4.Bersahur akan meningkatkan keikhlasan dalam beribadat
5.Bersahur menolong menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh marah
6.pada waktu bersahur adalah waktu dimakbulkan doa
7. Pada waktu sahur seseorang itu mendapat peluang untuk mengingati Allah s.w.t dengan cara berzikir dan berdoa menadah tangan kepada Allah.
Sumber : Hikmah & Fadhilat Ramadhan, Karangan M. Muhammad Zakariyya
Sumber : Hikmah & Fadhilat Ramadhan, Karangan M. Muhammad Zakariyya
0 Comments