MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

5 Fadhilat Utama Ramadhan


1. Mulut orang Berpuasa Bau Haruman Kasturi 

Bau mulut yang keluar daripada mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah  s.w.t daripada bau haruman kasturi.

Puasa adalah satu bentuk ibadah yang sangat berharga di sisi Allah s.w.t dan atas alasan lni lah sebuah hadis menyatakan bahawa ganjaran bagi setiap amalan akan dibawa oleh malaikat tetapi Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :"Ganjaran bagi Puasa Aku sendiri yang memberinya, kerana puasa itu adalah untukKu sendiri".

2. Ikan di laut memohon keampunan untuk orang berpuasa.

Ikan - ikan di laut akan beristighfar memohon keampunan terhadap orang yang berpuasa.

Allah berfirman di dalam Al-Quran : "Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, Allah akan mencintai mereka di dunia ini.

3. Dihiasi syurga bagi orang yang berpuasa

Orang yang berpuasa akan di berikan syurga yang dihiasi untuk mereka. Di dalam sebuah hadis dinyatakan "Jannah" mulalah diadun untuk Ramadhan.

4. Para syaitan durjana dirantai

Syaitan - syaitan yang durjana dirantai yang akibatnya maksiat berkurangan. Sebagai contoh maksiat meminum arak akan berkurangan dibulan Ramadhan dan ramai orang berpuasa secara langsung menggalakkan orang beribadat.

Dalam sebulan berpuasa dapat mendidik sesorang itu untuk berubah kepada hidup yang lebih baik kerana pengaruh sekeliling yang membawa kepada cara hidup yang beriman, beramal dan sihat.

5. Diampunkan dosa di akhir Ramadhan

Di dalam bulan Ramadhan mempunyai satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan ia itu "Lailatulqadar" adalah satu anugerah yang sangat bernilai bagi mereka yang mencari keredhaan dan kemanisan dalam beribadat yang mana keampunan diberikan pada malam tersebut.

Sumber: Fadhilat Ramadhan dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments