MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

10 Panduan Kesihatan Cuaca Panas

Cuaca panas dan kering menyebabkan sesorang itu kerap berpeluh dan kesannya cecair dalam badan berkurangan, kesanya letih dan tidak bertenaga berisiko terdedah kepada dehidrasi (kekurangan air dalam tubuh badan) dan strok haba. 

Berikut dikongsikan panduan kesihatan akibat cuaca panas dan kering atau panas melampau.

  1. Minum air kosong yang telah dimasak atau melalui proses rawatan dengan kerap sekurang - kurangnya 8 gelas sehari.
  2. Perbanyakkan masa di dalam rumah atau di pejabat dalam suhu yang sesuai. Sekiranya ada urusan di luar rumah/pejabat/bangunan segerakan untuk diselesaikan 
  3. Hadkan aktiviti di luar 
  4. Kerap berehat dan elakkan membuat kerja yang berat yang mengeluarkan peluh badan. 
  5. Mandi sekiranya perlu bagi menyejukkan suhu badan.
  6. Memggunakan pakaian yang ringan dan longgar. 
  7. Menggunakan payung dan topi yang lebar serta besar.
  8. Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein,  alkohol dan kandungan gula yang tinggi.
  9. Elakkan bersenam dalam cuaca yang panas 
  10. Elakkan atau jangan biarkan seseorang atau individu berada di dalam kereta yang tertutup.

Sekiranya penulisan ini bermanfaat mohon kongsikan untuk manfaat bersama.

Post a Comment

0 Comments