Langkah kerajaan Malaysia mengambil inisiatif dalam penubuhan Unit Pemantauan pada 07 Mac 2019 secara langsung yang diselia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menangani kes-kes berkaitan penghinaan Nabi Muhammad s.a.w oleh masyarakat Malaysia terutamanya melalui platform media sosial dan medium-medium yang lain adalah sangat-sangat dipuji bagi menjaga kehormonian agama, kaum dan hidup bermasyarakat majmuk di Malaysia.
Unit Pemantauan ini diwujudkan bagi memantau penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama islam di semua platform media termasuk media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan seumpamanya.
Masyarakat Malaysia dan masyarakat dunia percaya bahawa setiap agama yang seseorang itu anuti, ajaran agama tersebut tidak membenarkan menghina agama lain dan menggalakkan menghormati diantara satu sama lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa mengharapkan semua pihak dapat berganding bahu dan berkerjasama dalam memastikan dan mengekalkan keharmonian, saling hidup hormat menghormati dan menjaga sensitivity setiap agama di Malaysia.
Sebarang maklumat atau aduan, boleh disalurkan melalui WhatsApp ke talian hotline 010 300 5260 atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my
Sumber : utusan online, JAKIM dan Penulis sendiri
0 Comments