MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Nur Syahidah Hassan Pelajar Cemerlang STPM 2018


Tarikh 11 Mac 2019 adalah tarikh yang dinantikan penuh debaran oleh setiap calon-calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018 di Malaysia. Nur Syahidah Hassan berumur 21 tahun anak jati kelahiran negeri Terengganu Darul Ehsan telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dengan memperolehi keputusan 5A dalam STPM 2018 yang diumumkan pada hari ini.

Nur Syahidah Hassan pelajar Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA)  berkongsi rahsia kejayaan beliau dalam memperolehi keputusan 5A tersebut:-
  1. Hablum'minallah Hablum'minnas menjaga hubungan dengan Allah s.w.t dan menjaga hubungan sesama manusia adalah kunci utama kejayaannya.
  2. Bagun awal dari tidur untuk melaksanakan ibadah solat sunat Tahajud dan solat sunat Hajat bagi memohon dipermudahkan memperolehi kejayaan dalam peperiksaan STPM.
  3. Membaca surah Yassin sebelum kelas bermula.
  4. Membaca surah Al-Waqiah dan Ar-Rahman di dalam waktu Asar untuk memohon rezeki dari Allah s.w.t . 
  5. Mencari keredhaan dalam setiap perkara yang dilakukan.
  6. Sentiasa memohon maaf pada individu disekelilingnya (keluraga), guru-guru dan rakan-rakan persekolahan dan kampung.
Menjaga hubungan dengan Allah s.w.t melaksankan perintahnya dan menjauhi larangannya adalah perkara yang wajib dilaksanakan oleh setiap insan yang beragama Islam. Menjaga hubungan dengan sesama manusia adalah penting terutama kepada kedua ibubapa dan adik beradik serta rakan-rakan bagi mendapatkan doa kebaikan dari mereka terutamanya ibubapa.

Bangun awal sebelum waktu solat Subuh adalah waktu yang paling afdal mendirikan solat Tahajud dan Hajat untuk memohon apa yang dihajati, kerana waktu ini dikatakan para Malaikat turut mendoakan mereka yang memohon hajat kebaikan agar dimakbulkan. Waktu Subuh juga waktu udaranya sangat baik untuk kesihatan apabila seseorang itu menghirup udara Subuh.

Surah Yassin adalah hati kepada al-Quran, diantara kelebihan surah Yassin, Rasulullah s.a.w bersabda :

Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Rasulullah s.a.w bersabda " Sesiapa yang membaca surah Ar Rahman,  Allah s.w.t akan menyayangi kelemahanya dan meredhai nikmat yang dikurniakan padanya"

Memohon maaf kepada setiap orang adalah amalan yang mulia dan disukai oleh Allah s.w.t dan manusia , apalagi kepada kedua ibubapa yang melahirkan kita, keredhaan mereka adalah keredhaan Allah s.w.t.

Diantara subjek yang diambil oleh Nur Syahidah Hassan semasa  STPM 2018 adalah Pengajian Am, Bahasa Arab, Usuludin, Syariah dan Sejarah.

Beliau juga merancang untuk memasuki Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Syariah bagi merealisasikan impian menjadi Pensyarah di kemudian hari.

Nyatalah disini setiap kejayaan seseorang itu berkait rapat dengan amalannya kepada Allah s.w.t dan hubungan dengan manusia disusuli dengan doa,  usaha, ikhtiar dan tawakal kepada Allah s.w.t teras kejayaan di dunia dan akhirat.

Sumber : Utusan Online dan penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments