Hari Jumaat adalah penghulu
segala hari Rasululullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang
paling besar di sisi Allah, iaitu hari yang lebih besar daripada Hari Raya
Aidil-Adha dan Hari Raya Aidil-Fitri. Pada hari Jumaat itu terdapat lima
kejadian, iaitu hari yang dijadikan Adam dan beliau diturunkan dari Syurga ke
muka bumi dan pada hari itu juga wafatnya Adam, Allah s.w.t mengurniakan satu
saat doa-doa dikabulkan kecuali doa- doa maksiat dan pada hari Jumaat juga
terjadi hari Kiamat”.
(Hadis Riwayat: Ibnu Majah)
Berikut dikongsikan
perkara-perkara Sunnah pada hari Jumaat:-
1. Memperbanyakkan Selawat ke atas
baginda Rasulullah s.a.w
Daripada Abu Aus bin Aus ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari
jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat
kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan
ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).
(Hadis Riwayat : Abu Daud)
Fadhilat/kelebihan
“Perbanyakkan selawat ke atasku pada hari Jumaat dan pada malam Jumaat.
Sesiapa yang melakukannya aku menjadi saksi dan pemberi syafaat kepadanya pada
hari Kiamat kelak.”
(Hadis Riwayat: Al-Hakim)
Mendapat kesejahteraan daripada
doa Rasulullah s.a.w kepada yang berselawat, Setiap selawat yang dibaca akan
dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w secara langsung, Mendapat kebahagiaan,
ketenangan hidup didunia dan akhirat serta banyak lagi.
2. Membaca Surah Al-Kahfi
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Khafi pada hari jumaat maka akan
memancar cahaya dari bawa kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak
pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat”.
(Hadis Riwayat; Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Fadhilat/kelebihan
Daripada Al-Bara’ bin ‘Azib r.a katanya, “Ada seorang lelaki membaca
surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali,
kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya,
tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi
berjumpa dengan Nabi s.a.w lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”,
Baginda pun bersabda, “Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah Al-Sakinah
(ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk
mendengar bacaan ayat-ayat Al-Qur’an”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
3.Bersugi (Bersiwak)
Dari Aisyah r.a.h. "Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda
bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya".
(Riwayat Baihaqi)
Fadhilat/kelebihan
Sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud: "Dua rakaat
sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh
rakaat sembahyang dengan tidak bersugi".
(Riwayat Muslim)
4. Perbanyakkan Doa dan Zikir
Terdapat satu waktu yang
dikabulkan doa di dalam hari Jumaat. Sesiapa yang berdoa di dalam waktu
tersebut Allah swt akan mengabulkan doanya. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu masa apabila seorang hamba
Muslim berdoa kepada Allah s.w.t akan kebaikan bertepatan dengan masa itu Allah
s.w.t akan memperkenankan apa yang diminta.”
(Hadis Riwayat : Ahmad)
Fadhilat/kelebihan
Seseorang yang banyak berdoa dan
berzikir hidup disisi Allah s.w.t (apa yang dihajatinya/dipohonya mudah
dimakbulkan oleh Allah s.w.t), menenangkan hati, mengwujudkan kegahirahan
beribadah dan sentiasa mengingati Allah s.w.t.
5. Bersegera berangkat/pergi ke
Masjid
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi hadas
besar), kemudian pergi ke masjid pada saat yang pertama (ganjarannya)
seolah-olah mengorbankan seekor unta. Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat
yang kedua seolah-olah mengorbankan seekor lembu. Sesiapa yang pergi ke masjid
pada saat yang ketiga seolah-olah mengorbankan seekor kambing yang bertanduk.
Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang keempat seolah-olah mengorbankan
seekor ayam. Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang kelima seolah-olah
mengorbankan sebiji telur. Apabila imam keluar (naik ke mimbar) para malaikat
hadir mendengarkan nasihat dan peringatan.”
(Hadis Riwayat: Al-Bukhari)
Fadhilat/kelebihan
Hadis diatas juga menerangkan ganjaran
pahala orang yang datang awal ke masjid tidak sama dengan orang yang datang
kemudian, pahalanya berbeza-beza, orang yang paling awal mendapat ganjaran yang
besar berbanding denga orang yang datang lambat.
Beberapa lagi Sunnah Rasulullah s.a.w
di hari Jumaat diantaranya Memakai Pakain Terbaik, Memotong Kuku, Menggunting
Kumis,Menggunting bulu hari-hari (ketiak), Menggunakan Minyak Wangi, Mandi
Sebelum Jumaat.
Setiap Sunnah mempunyai fadhilatnya tersendiri dan menhasilkan kejayaan kepada pengamalnya, banyak lagi Sunnah Rasulullah s.a.w
yang boleh dibuat pada hari biasa diantranya membuang halangan di jalan raya
seperti duri, batu dan seumpamanya, memberi makan kepada seseorang yang
memerlukannya, mendoakan seseorang dengan kebaikan dan orang itu tidak
mengetahuinya, dan banyak lagi. Sekiranya seseorang itu secara berterusan dalam
melaksanakan Sunnah Rasulullah s.a.w sudah pasti mendapat ganjaran dan pahala
dari Allah s.w.t di dunia dan akhirat.
Sumber : JAKIM, Majlis Agama
Islam Negeri, Karangkraf dan Penulis sendiri
0 Comments