Lega rasanya sesetengah masyarakat Malaysia apabila Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahatir Mohamad mengumumkan isu melibatkan syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Berhad (MAB) memerlukan kajian mendalam sebelum sebarang keputusan dapat dibuat. Penguguman ini disuarakan oleh beliau kepada pengamal media Malaysia pada 23 Mac 2019 semasa membuat lawatan rasmi 3 hari ke Pakistan
Pada 5 Mac 2019, Khazanah Nasional, sayap pelaburan kerajaan, dilaporkan mengalami rosot nilai RM7.3 bilion pada tahun lepas dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh MAS (MAB)
Khazanah merupakan satu-satunya pemegang saham MAB setelah mengambil alih syarikat penerbangan itu pada 2014 dan ia telah menyuntik dana sebanyak RM6 bilion untuk membaiki prestasi syarikat namun usaha tersebut gagal.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan akan mengkaji pelbagai opsyen sebelum membuat keputusan mengenai masa depan Malaysia Airlines System (MAS) sama ada akan menutup, menjual atau membiayainya semula.
Adalah lebih elok satu jawatankuasa dibentuk bagi menilai semula dan mencari punca permasalahan kenapa syarikat penerbangan MAS (MAB) tidak berjaya mencatatkan keuntungan sebaliknya kerugian. Dari segi logiknya MAS sepatutnya mencatatkan keuntungan kerana syarikat tunggal penerbangan milik Malaysia dan mempunyai keistemewaan langsung dari kerajaan Malaysia berbanding dengan syarikat penerbangan luar.
Kajian dan penilaian berkenaan status MAS perlulah dibuat dengan meluas dan mengambil kira aspek sistem pengurusan adakah sistem pengurusan MAS efektif & efisen? dari segi sistem kewangan (gaji, kebajikan, perubatan dan seumpamanya) adakah ianya buat dengan betul dan teratur?, dalam penganugerahan tender perkhidmatan dan bekalan serta kerja adakah diberikan kepada vendor yang tepat dan melalui proses tender?, banyak lagi faktor - faktor yang diambil kira seperti Imej negara Malaysia, nilai perniagaan, persaingan, aset negara, peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat dan sebagainya.
Adalah diharapkan MAS (MAB) sebagai syarikat penerbangan kebanggaan negara Malaysia tidak dijual kepada negara luar ataupun syarikat industri penerbangan lain. Sejak akhir - akhir ini beberapa kepentingan negara telah dibeli oleh syarikat luar seperti pegangan saham PROTON, Edra Global Energy, pembinaan ECRL oleh kontraktor China dan lain -lain ini sebenarnya tidak elok untuk generasi yang mewarisi Malaysia seterusnya dan kita percaya kerajaan Malaysia akan membuat keputusan yang terbaik dalam isu ini.
Sumber : Bernama dan Penulis sendiri.
0 Comments