Beberapa hari lagi umat Islam akan mengerjakan
amalan berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia.
Setiap malam dalam bulan
yang mulia ini, bagi penganut yang beragma Islam sudah
pasti mengisi malam-malam tersebut dengan
ibadat solat sunat Tarawih, sunat
Witir, tadarus al-Quran
dan lain-lain amal kebajikan, bergantung dengan tahap
keimanan dan Hidayah yang diberi oleh Allah s.w.t.
Adalah menjadi harapan dan azam setiap orang yang
beragama islam dapat meghidupkan dan memeriahkan malam-malam pada bulan
Ramadhan yang mulia, dengan tujuan mencari dan mencapai keredahan Allah s.w.t
dan kelebihan yang terdapat pada malam bulan Ramadhan ia itu “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah SWT pada
ayat 3, surah
al-Qadr yang bermaksud:
“Malam Qadr itu
lebih baik dari seribu
bulan yang lain”
dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW
dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh
Muslim yang bermaksud:
“Barang siapa
yang mendirikan solat
(Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan
penuh keimanan dan
keikhlasan maka Allah ampunkan
dosanya yang telah
lalu”,
Maka eloklah
kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara solat sunat Tarawih dan Witir
supaya kedatangan Ramadhan tahun ini 2019 dan tahun-tahun mendatang lebih berguna
dan bermanfaat untuk kita.
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas
orang-orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu
bertaqwa.
(al-Baqarah, ayat 183)
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah
bersabda:
“sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam
bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala
dosanya yang lalu...”
(Riwayat Muslim)
Solat
Tarawih bermaksud beristirehat
yang dilaksanakan berselang-seli
dengan berehat seketika.
Ibadah
tambahan yang dilakukan
dalam keadaan tenang, tidak tergopoh gapah, sabar bagi
menunjukkan tanda ikhlas dan taat kepada Alla SWT.
Sekiranya
tidak mampu dilaksanakan
20 rakaat maka memadai
dengan lapan rakaat
serta dibenarkan secara duduk.
Hukum
Solat Sunat Tarawih
Hukumnya
sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam
lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam
bulan Ramadhan sama
ada secara berseorangan atau berjemaah.
Sunat
dikerjakan di masjid,
surau dan lain-lain
tempat solat orang-orang Islam.
Waktu Solat
Sunat Tarawih
Ditunaikan
selepas menunaikan solat
Fardhu Isyak dan
sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Solat
Sunat Tarawih
Pada
umumnya masyarakat Islam
di Malaysia mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak 20
rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
Pada
zaman Rasulullah SAW solat
Tarawih dikerjakan sebanyak 8
rakaat sahaja supaya
tidak menimbulkan keberatan. Walau
bagaimanapun terdapat juga
hadith yang meriwayatkan bahawa
Nabi Muhammad SAW
pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
Pada
zaman Khalifah Umar
bin al-Khattab RA
pula beliau melaksanakannya sebanyak
20 rakaat kerana
beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak
keberatan lagimenunaikan solat sebanyak itu.
Solat
sunat Tarawih hendaklah ditunaikan
dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram,
kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Boleh dilaksanakan
empatrakaat dengan 4 rakaat dengan 2 tahiyat atau empat rakaat sekaligus.
Rukun
Solat Sunat Tarawih
Rukun solat sunat Tarawih ini samalah dengan rukun
solat yang lain juga.
Khaifiat Solat Sunat Tarawih 20 Rakaat
Bacaan
Surah,
Selepas
membaca surah al-Fatihah
pada tiap-tiap rakaat
solat sunat Tarawih ini, dibaca pula surah-surah yang tertentu:
Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan:
Pada
tiap-tiap rakaat yang
pertama dibaca satu
surah yang bermula dari
surah al-Takathur hingga surah
al-Masad. Susunan surah-surah adalah seperti berikut:
1. Surah
Al-Takathur
2. Surah
Al-Asr
3. Surah
Al-Humazah
4. Surah
Al-Fil
5. Surah
Quraisy
6. Surah
Al-Ma’un
7. Surah
Al-Kautsar
8. Surah
Al-Kafirun
9. Surah
An-Nasr
10.Surah Al-Masad
Solat
Sunat Witir
Menurut
kebiasaan umum orang-orang
Islam di Malaysia menunaikan solat
sunat Witir selepas
solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat
Witir ini ditunaikan secara berjemaah.
Tiga rakaat dengan dua salam.
Lafaz niat
solat sunat Witir:
Bagi dua
rakaat yang pertama:
Bagi satu
rakaat yang akhir:
Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan
disunatkan membaca qunut pada
rakaat yang akhir.
Lafaznya samalah dengan lafaz
qunut solat Subuh.
Bacaan
surah:
Selepas membaca surah al-Fatihah di dalam tiap-tiap
rakaat solat sunat Witir dibaca pula surah-surah berikut:
Surah al-‘Ala
Rakaat kedua
Surah al-Kafirun
Rakaat ketiga
Surah al-Ikhlas
Surah al-Falaq
Surah al-Nas
Semoga bermanfaat kepada kita semua
Semoga bermanfaat kepada kita semua
Panduan lengkap Solat Sunat Tarawih : SOLAT_TARAWIH_-_EDISI_2018.pdf
Sumber : www.islam.gov
0 Comments