MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Solat Sunat Tarawih



Beberapa hari lagi umat Islam akan mengerjakan amalan berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia. 

Setiap malam dalam  bulan  yang  mulia  ini, bagi penganut yang beragma Islam sudah pasti mengisi malam-malam tersebut dengan  ibadat  solat  sunat Tarawih,   sunat   Witir,   tadarus   al-Quran   dan   lain-lain  amal kebajikan, bergantung dengan tahap keimanan dan Hidayah yang diberi oleh Allah s.w.t.

Adalah menjadi harapan dan azam setiap orang yang beragama islam dapat meghidupkan dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia, dengan tujuan mencari dan mencapai keredahan Allah s.w.t dan kelebihan yang terdapat pada malam bulan Ramadhan ia itu “Lailatul  Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah SWT  pada  ayat  3,  surah  al-Qadr  yang  bermaksud:

“Malam Qadr   itu   lebih   baik   dari   seribu   bulan   yang   lain”

dan sebagaimana sabda  Nabi  Muhammad  SAW  dalam  hadithnya yang   diriwayatkan   oleh   Muslim   yang   bermaksud:

 Barang siapa  yang  mendirikan  solat  (Tarawih) pada  malam  bulan Ramadhan  dengan  penuh  keimanan  dan  keikhlasan  maka Allah  ampunkan  dosanya  yang  telah  lalu”, 

Maka  eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara solat sunat Tarawih dan Witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini 2019 dan tahun-tahun mendatang lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.


Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas

orang-orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa.

(al-Baqarah, ayat 183)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang lalu...”

(Riwayat Muslim)


Solat  Tarawih  bermaksud  beristirehat  yang  dilaksanakan berselang-seli dengan berehat seketika.
Ibadah  tambahan  yang  dilakukan  dalam  keadaan  tenang, tidak tergopoh gapah, sabar bagi menunjukkan tanda ikhlas dan taat kepada Alla SWT.

Sekiranya  tidak  mampu  dilaksanakan  20  rakaat  maka memadai  dengan  lapan  rakaat  serta dibenarkan  secara duduk.

Hukum Solat Sunat Tarawih

Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam  bulan  Ramadhan  sama  ada  secara  berseorangan atau berjemaah.

Sunat  dikerjakan  di  masjid,  surau  dan  lain-lain  tempat  solat orang-orang Islam.

Waktu Solat Sunat Tarawih

Ditunaikan  selepas  menunaikan  solat  Fardhu  Isyak  dan  sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Solat Sunat Tarawih

Pada  umumnya  masyarakat  Islam  di  Malaysia  mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

Pada   zaman   Rasulullah   SAW   solat   Tarawih   dikerjakan sebanyak   8   rakaat   sahaja   supaya   tidak   menimbulkan keberatan.   Walau   bagaimanapun   terdapat   juga   hadith yang meriwayatkan bahawa  Nabi  Muhammad  SAW  pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.

Pada  zaman  Khalifah  Umar  bin  al-Khattab  RA  pula  beliau melaksanakannya  sebanyak  20  rakaat  kerana  beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagimenunaikan solat sebanyak itu.

Solat  sunat  Tarawih  hendaklah  ditunaikan  dua  rakaat  pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Boleh dilaksanakan empatrakaat dengan 4 rakaat dengan 2 tahiyat atau empat rakaat sekaligus.


Rukun Solat Sunat Tarawih

Rukun solat sunat Tarawih ini samalah dengan rukun solat yang lain juga.

Khaifiat Solat Sunat Tarawih 20 Rakaat

Bacaan Surah,

Selepas  membaca  surah  al-Fatihah  pada  tiap-tiap  rakaat  solat sunat Tarawih ini, dibaca pula surah-surah yang tertentu:

Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan:
Pada  tiap-tiap  rakaat  yang  pertama  dibaca  satu  surah yang  bermula  dari  surah  al-Takathur hingga  surah  al-Masad. Susunan surah-surah adalah seperti berikut:

1.  Surah Al-Takathur
2.  Surah Al-Asr
3.  Surah Al-Humazah
4.  Surah Al-Fil
5.  Surah Quraisy
6.  Surah Al-Ma’un
7.  Surah Al-Kautsar
8.  Surah Al-Kafirun
9.  Surah An-Nasr
10.Surah Al-Masad

Solat Sunat Witir

Menurut  kebiasaan  umum  orang-orang  Islam  di  Malaysia menunaikan  solat  sunat  Witir  selepas  solat  sunat  Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah.

Tiga rakaat dengan dua salam.
Lafaz niat solat sunat Witir:
Bagi dua rakaat yang pertama:


Bagi satu rakaat yang akhir:

 
Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca  qunut  pada  rakaat  yang  akhir.  Lafaznya  samalah dengan lafaz qunut solat Subuh.

Bacaan surah:
Selepas membaca surah al-Fatihah di dalam tiap-tiap rakaat solat sunat Witir dibaca pula surah-surah berikut:

Rakaat pertama
Surah al-‘Ala

Rakaat kedua
Surah al-Kafirun

Rakaat ketiga
Surah al-Ikhlas

Surah al-Falaq

Surah al-Nas

Semoga bermanfaat kepada kita semua 

Panduan lengkap Solat Sunat Tarawih : SOLAT_TARAWIH_-_EDISI_2018.pdf

Sumber : www.islam.gov

Post a Comment

0 Comments