Beberapa syarikat luar negara termasuk dari Eropah,
Asia dan Timur Tengah berminat untuk membeli kepentingan dalam Malaysia
Airlines Bhd (MAB), kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Malaysia, Daim Zainuddin.
Beliau berkata, mereka tidak semestinya mengambil alih
keseluruhan syarikat tetapi mungkin hanya sebahagian kepentingan syarikat
penerbangan nasional itu yang kini 100% milik Khazanah Nasional Bhd.
Situasi diatas jika diperhatikan kurang lebih
seperti situasi yang telah berlaku kepada PROTON industri automobil Malaysia yang mana DRB-Hicom Bhd telah
menjual 49.9% saham dalam Proton Holdings Bhd kepada pembuat kereta China,
Zhejiang Geely Holding Group
Walaubagaimanapun, jenama Proton akan kekal dan
bakal mengalami pertumbuhan ketara dengan kehadiran rakan strategik baharu ini.
Geely adalah syarikat induk kepada Geely Automobile Holdings Ltd yang
berpangkalan di Hong Kong dan Volvo Car Group dari Sweden.
Proton juga telah menjual keseluruhan pegangan
ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta dari Britain, Lotus, kepada Geely,
sekali gus menamatkan penglibatannya dalam segmen kereta sport.
Berbalik kepada MAB, bagi mereka yang berminat untuk membeli saham MAB boleh
membuat kajian mengenai syarikat tersebut (MAB), dimaklumkan ada beberapa pihak
berminat untuk membeli saham MAB termasuklah dari Asia, Eropah dan Timur Tengah
dan hasrat tersebut telah dinyatakan kepada kerajaan Malaysia melalui penulisan
surat kepada Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Malaysia, Daim Zainuddin.
Jika sebahagian kepentingan MAB dijual kepada firma
luar, ia akan mendapat suntikan dana dan kepakaran, secara tidak langsung akan
memulihkan syarikat, sepertimana yang berlaku kepada PROTON Malaysia.
Sektor penerbangan kini semakin rumit, memandangkan
industri ini memerlukan dana besar dan tenaga kepakaran dalam pembuatan, pengendalian
serta pengurusan penerbangan amat penting.
Daim Zainuddin berkata tidak menjadi kesalahan jika
pihak lain/orang lain ingin membeli saham MAB sekiranya membawa masuk kepakaran
dan kerajaan Malaysia seharusnya tidak mencampuri urusan operasi syarikat
penerbangan nasional (MAS), sebaliknya cukup hanya sekadar menyokong melalui
membantu mendapatkan hak pendaratan di lokasi strategik.
Kewujudan Malaysia Airlines syarikat premium dan
AirAsia adalah syarikat tambang rendah, mewujudakan persaingan yang sihat, seterusnya
memberi nilai lebih baik dari segi harga, perkhidmatan yang terbaik kepada
penumpang dan tidak dimonopoli oleh sesuatu syarikat
Daim Zainuddin turut menegaskan, masa depan dan
kebajikan kakitangan MAB perlu dikekalkan walau apa pun keputusan kerajaan,
kerana golongan ini akan membawa syarikat keluar daripada masalah kewangan yang
dihadapinya.
Sumber : Bernama, Utusan Melayu dan Penulis sendiri
0 Comments