Persidangan Agung dan Mesyuarat
Tahunan ke-10 Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) bertempat
di Vienna, Austria "Memerangi Rasuah di Malaysia: Pencapaian, Cabaran dan
Perspektif” yang telah disampaikan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahatir
Mohamad. Sehingga tertubuhnya tabung bagi memerangi korupsi di peringkat antara
bangsa diberi nama Dr Mahathir Mohamad
Fund sebagai penghormatan terhadap usaha perdana menteri Malaysia dalam
membanteras rasuah.
Malaysia sangat komited dalam memerangi
dan membanteras jenayah rasuah dan terbukti dengan pencapaian yang dicapai oleh
kerajaan Malaysia di bawah Agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
dan baru-baru ini ditubuhkan satu Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah
Nasional (GIACC) berkaitan hal-ehwal rasuah.
SPRM di tubuhkan di Malaysia pada
tahun 2008, sebelum ini diletakan dibawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas
itu dibentuk satu Biro Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dan akhirnya parlimen
Malaysia bersetuju SPRM ditubuhkan sebagai entiti pencegahan rasuah yang lebih
bebas, telus dan professional.
GIACC ditubuhkan pada 1 Jun 2019
yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan diterajui oleh mantan Ketua
Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang mempunyai pengalaman dan
pengetahuan yang luas dalam isu-isu rasuah di dalam dan luar negara.
GIACC bertanggungjawab merancang,
menggubal strategi dan menilai dasar bagi memastikan urusan kerajaan dilaksana
berteraskan tadbir urus baik, integriti dan tiada toleransi kepada perbuatan
rasuah.
Sebelum itu mari kita ketahui
dahulu apa itu Rasuah?
Rasuah didefinisikan sebagai penerimaan
atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu
kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan
tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan,
jawatan upah, diskaun.
Sebagai contoh, seorang
kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai
kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor
berkenaan. (Conflict Interest)
Berdasarkan Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat
kesalahan rasuah yang utama iaitu:
Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a)
Akta SPRM 2009]
Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM
2009]
Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM
2009]
Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai
badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]
Dalam akta ini juga saksi dilindungi oleh
SPRM/pihak kerajaan bagi memastikan keselamatan dan menggalakkan saksi tampil
membuat aduan dan berkerjasama dengan pihak berkuasa. (Akta Perlindungan
Pemberi Maklumat 2010).
Pencapaian
1. Memperkenalkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) setiap Kementerian,
Jabatan, Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri (Negeri- Negeri di bawah Malaysia) diminta untuk menandatangani IBR bagi
memastikan pendtadbiran bebas dari rasuah.
2.Kerajaan dan ahli politik digalakkan untuk
mengistiharkan Harta bagi membuktikan ketelusan kepimpinan kerajaan dan ahli politik.
3.Draf awal merancang dan menggariskan isu-isu
berkaitan bagi merangka undang-undang berkaitan rasuah telah dibuat dan dalam perbincangan
akhir sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk dibentangkan di Parlimen
dan digubal sebagai rang undang-undang.
4.Melancarkan kempen ini serentak di seluruh
negara bersempena Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) bagi memfokus kepada
Pihak Berkuasa Tempatan , kementerian, Agensi kerajaan.
5.Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah atau GEMPUR bagi
mendidik penjawat awam supaya menolak sebarang bentuk tawaran atau pemberian
rasuah.
6. Ceramah pendidikan kesedaran yang dibuat oleh SPRM disetiap Agensi , GLC, Sekolah, IPT, dan seumpamanya.
7. Menandatangani MoU antara SPRM dan GLC - GLC di Malaysia membolehkan pihak GLC melaporkan jenayah rasuah kepada pihak SPRM dalam membanteras rasuah d GLC (Goverment Link Company ) seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), PETRONAS, Telekom Malaysia (TM) dan seumpamanya.
8. Malaysia salah satu negara anggota Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA).
6. Ceramah pendidikan kesedaran yang dibuat oleh SPRM disetiap Agensi , GLC, Sekolah, IPT, dan seumpamanya.
7. Menandatangani MoU antara SPRM dan GLC - GLC di Malaysia membolehkan pihak GLC melaporkan jenayah rasuah kepada pihak SPRM dalam membanteras rasuah d GLC (Goverment Link Company ) seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), PETRONAS, Telekom Malaysia (TM) dan seumpamanya.
8. Malaysia salah satu negara anggota Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA).
Cabaran dalam memerangi rasuah di Malaysia
Campur Tangan Ahli Politik dalam
Pentadbiran dan Kewangan Kerajaan Kebanyakan ahli
politik dilihat mencampuri
dalam urusan
pentadbiran
di mana keuntungan
peribadi dapat dicapai
walaupun dengan membelakangi undang-undang dan peraturan.
Campur
tangan ini biasanya
berlaku dalam proses
membuat keputusan terutamanya
yang melibatkan perolehan,
proses perlantikan kerja dan sistem perundangan. Menurut SPRM, sejak
tahun 2012 sehingga 2014, sejumlah besar kes yang direkodkan adalah dalam
sektor pembinaan yang
melibatkan perolehan contohnya rundingan dengan orang tengah.
Dalam isu ini perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dilantik mestilah mempunyai integriti tang tinggi dan tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan syarikat /mahkamah, dalam penilaian tender/sebutharga perlu dibuat bagi mencegah dari berlakunya rasuah.
Kurangnya Kepimpinan dan Kemahuan Politik
Kurangannya
sokongan, komitmen serta
kemahuan dikalangan
kepimpinan politik untuk
melaksanakan kawalan antirasuah telah memberi
kesan kepada kemampanan
dan keberkesanan inisiatif antirasuah yang dijalankan setakat
ini. Kebanyakan, jika tidak semua, inisiatif pencegahan rasuah lambat, perlahan
atau tidak popular untuk
dilaksanakan. Antara inisiatif
(seperti yang diumumkan oleh pentadbiran terdahulu) yang
masih tertangguh:
•
Ketelusan dalam pengisytiharan aset
dan dasar pengurusan hadiah
oleh Ahli Pentadbiran
(termasuk Perdana Menteri
dan Timbalan Perdana Menteri);
•
Pengenalan Peruntukan Salah Laku Penjawat Awam;
•
Penubuhan agensi bebas
dalam menguruskan aset
yang dirampas dan dilucuthak;
• Garis
Panduan yang betul mengenai pelobi; dan
•
Penandaan kuasa antara Menteri dan Ketua Setiausaha.
Dalam kepimpinan kerajaan hari ini isu ini telah diambil maklum dan perhatian sehingga tertubuhnya GIACC.
Badan Perundangan dan Badan Penguatkuasaan Yang Bebas
Institusi
perundangan dan agensi
penguat kuasa perlu
diperkuatkan dan diubah
menjadi badan bebas
dengan kuasa penuh
untuk melaksanakan fungsinya.
SPRM, contohnya,
seharusnya
boleh melaksanakan fungsinya
secara bebas dan berkesan tanpa gangguan bersifat politik.
Campur tangan politik dalam skandal 1MDB
dan Pihak Berkuasa Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA) menjadi antara penghalang
terbesar kepada SPRM dan
Jabatan Peguam Negara
antara tahun 2015
dan 2016 dalam
melaksanakan fungsi mereka.
Campur
tangan
politik telah mencetuskan kecelaruan pentadbiran yang membawa kepada
penukaran pegawai Pengurusan
Tertinggi SPRM. Isu
ini telah dilaporkan
oleh Bertelsmenn Foundation
dalam
Bertelsmenn Stiftung Transformation Index
(BTI) 2018 dan (CPI) pada tahun 2017.
Dalam isu ini juga Suruhanjaya DiRaja (RCI) telah dibentuk bagi menyiasat salah laku pihak yang terlibat seperti IMDB.
Dalam isu ini juga Suruhanjaya DiRaja (RCI) telah dibentuk bagi menyiasat salah laku pihak yang terlibat seperti IMDB.
Hukuman Yang Ringan Kepada Pesalah Rasuah
Hukuman sedia ada bagi sebarang kesalahan berkaitan
rasuah di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta
694) adalah hukuman
penjara tidak melebihi
20
tahun
manakala, Akta Pencegahan
Rasuah 1997 (Akta
575) memperuntukkan hukuman
penjara selama tempoh
tidak kurang daripada
14 hari dan
tidak lebih daripada
20 tahun.
Berbanding
kedua-dua Akta berkenaan,
Akta SPRM 2009
(Akta 694) tidak memperuntukkan sebarang hukuman penjara minimum kepada
pesalah dan ia
boleh ditafsirkan bahawa
pesalah
rasuah tidak akan
menerima sebarang hukuman
penjara minimum. Akibatnya,
Akta 694 akan
dilihat tidak kuat
dan lapuk serta perlu dipinda
Rang undang perlu dibentang di parlimen dan dibahaskan bagi mencari jalan terbaik dalam penguatkuasaan akta yang sedia ada.
Rang undang perlu dibentang di parlimen dan dibahaskan bagi mencari jalan terbaik dalam penguatkuasaan akta yang sedia ada.
Kesan kepada Kestabilan Ekonomi
Penularan rasuah dalam politik
dan Kerajaan telah mengakibatkan
berlakunya peningkatan ketidaksamaan
pendapatan, kekayaan dan
peluang. Kesan sebenar
akibat rasuah kepada
masyarakat termasuk kenaikan
kos sara hidup,
kejatuhan kuasa beli,
ketidakseimbangan kuasa, kesan
ke atas upah,
kesan ke atas
pertumbuhan, dan peningkatan
jenayah. Keadaan menjadi
bertambah buruk dengan peningkatan hutang awam dan ketirisan disebabkan oleh salah urus pengurusan dana
awam.
Perlunya penguatkusaan undang -undang yang menyeluruh tanpa mengira kedudukan, pangkat dan kuasa seseorang / pihak yang terlibat.
Kurangnya Pemantauan dan Penguatkuasaan
Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia mempunyai
perundangan yang mencukupi. Malangnya
penguatkuasaannya tidak seperti
yang diharapkan. Hakikatnya
pemantauan dan penguatkuasaan adalah
penting untuk memastikan
bahawa semua proses
dan prosedur dipatuhi
seperti yang diperuntukkan
oleh kerangka perundangan
sedia ada. Agensi-agensi
Kerajaan pada umumnya
sering kekurangan keupayaan
untuk memeriksa, mengaudit
dan mengkaji semula
operasi dalam menjalankan
aktivitinya. Antara sebab
mengapa usaha pemantauan
dan penguatkuasaan gagal
adalah disebabkan oleh
kekurangan sumber tenaga
kerja, kemahiran, teknologi,
kaedah dan sumber kewangan.
Kekurangan kakitangan dalam membenteras rasuah menjadi faktor utama kepada kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan, langkah drastik perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.
Penggunaan Teknologi yang Terhad dalam Memerangi Rasuah
Dalam
memerangi rasuah, perkembangan
teknologi perlu diberi
pertimbangan oleh Kerajaan
dalam memastikan isu
keperluan strategik teknologi
diberi penekanan untuk meningkatkan integriti, kebertanggungjawaban dan
ketelusan Kerajaan; khususnya dalam bidang penguatkuasaan, perolehan, pelesenan
dan perkhidmatan. Penerapan
teknologi akan membawa
imej positif kepada
agensi Kerajaan dalam
penyampaikan perkhidmatannya. Integrasi digital sama ada sesama jabatan
Kerajaan atau antara agensi Kerajaan kini
adalah terhad. Oleh
itu, penggunaan teknologi
moden penting untuk
membendung rasuah masih
diperingkat awal.
Bikin sendiri Memandangkan teknologi menjadi
sebahagian daripada ekosistem, keupayaan dan kemahiran kumpulan rakyat perlu
diperkukuh untuk merebut peluang yang
muncul daripada penggunaan
teknologi. Namun, dengan
peningkatan hubungan, risiko
baru akan muncul
sama ada dari dalam atau luar seperti ancaman
siber.Kurangnya Sokongan Awam dan Keyakinan
Kepercayaan
awam banyak bergantung kepada
ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam
operasi Kerajaan. Rasuah
menghakis sokongan orang
ramai justeru membantutkan keupayaan
Kerajaan untuk memenuhi
tugas utamanya untuk
menyediakan perkhidmatan dan
pembangunan yang kondusif.
Walaupun kebanyakan jabatan
penguatkuasaan undang-undang cuba
melaksanakan tugas mereka
dengan cara yang
terbaik,
kredibiliti agensi penguatkuasaan ini sering
dipersoalkan. Buktinya seperti yang dilaporkan
oleh
Global
Corruption Barometer 2017, agensi
penguatkuasaan undang-undang khususnya
polis sering dilihat
umum sebagai agensi
penguatkuasa yang banyak
terlibat dengan rasuah.
Dalam zaman teknologi pada hari ini, perlunya aset dan teknologi yang ada pada agensi penguatkuasaan undang -undang sejajar dengan perkembangan dunia teknologi 5G.
Ancaman kepada Keselamatan dan Kedaulatan Negara
Kedudukan geografi
Malaysia dengan pantai
yang panjang dan berkongsi sempadan
darat dan maritim
dengan beberapa negara
asing mendedahkan negara
kepada ancaman luar.
Ini kerana
pintu masuk
di sempadan negara
sering menjadi sasaran
aktiviti rentas sempadan
lebih-lebih lagi dalam
situasi di mana
kawalan sempadan adalah
longgar dan sering
dikaitkan dengan tahap integriti yang
lemah dikalangan pegawai.
Dengan kemerosotan penguatkuasaan, jenayah
rentas sempadan seperti
terrorisme dan jenayah terancang
menjadi berleluasa sekaligus mengancam keselamatan nasional serta kedaulatan
negara. Malaysia dilaporkan mengalami kerugian berbilion ringgit setiap tahun
kesan daripada aktiviti rentas sempadan
haram. Sementara itu,
isu pendatang haram
bukan hanya memberi
kesan kepada isu
pekerjaan dalam negara
yang turut memberi
impak kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Lebih
dari itu, ia
memberi kesan kepada
isu kesihatan dan
sosial yang seterusnya
mempunyai implikasi terhadap
kemaslahatan masyarakat.
Kerjasama bersama negara -negara dunia adalah sangat diperlukan dalam membendung jenayah rasuah rentas sempadan, persidangan dan penyertaan negara Malaysia sebagai ahli dalam Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) adalah wajar dicontohi.
Kerjasama bersama negara -negara dunia adalah sangat diperlukan dalam membendung jenayah rasuah rentas sempadan, persidangan dan penyertaan negara Malaysia sebagai ahli dalam Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) adalah wajar dicontohi.
Perspektif
Sebenarnya banyak usaha-usaha
kerajaan Malaysia telah ambil dalam membanteras rasuah di kalangan rakyatnya dan negara, hari ini usaha-usaha kerajaan mendapat
kerjasama dan pujian dari rakayat Malaysia sendiri sehinggakan ramai
pesalah-pesalah rasuah di hadapkan di mahkamah dan dihukum setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan.
Sehinggakan negara Malaysia terkenal dimata dunia dan di pandang tinggi oleh negara luar kerana usaha menentang rasuah.
Rasuah wajib dihapuskan untuk kelangsungan genarasi yang akan datang bagi memastikan budaya berintegriti diamalkan oleh masyarakat Malaysia dan dunia.
Sehinggakan negara Malaysia terkenal dimata dunia dan di pandang tinggi oleh negara luar kerana usaha menentang rasuah.
Rasuah wajib dihapuskan untuk kelangsungan genarasi yang akan datang bagi memastikan budaya berintegriti diamalkan oleh masyarakat Malaysia dan dunia.
Sumber: SPRM, Bernama, Utusan & Penulis sendiri
0 Comments