Daripada Mu'az Bin Jabal Radhiallahu'anhu berkata aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Ambillah pemberian itu selama ia sebagai pemberian. Tetapi apabila ia sudah menjadi suapan pada pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan suapan itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya".
(Hadis Riwayat : At-Thabrani dan Abu Nuaim)
Keterangan:
Diakhir zaman ini budaya suap akan menjadi -jadi kepada masyarakat dan wang mempunyai kuasa untuk membeli pangkat dan kedudukan, wang juga diperlukan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak yang berpangkat dan berkuasa. Wang telah menjadi "tuhan" yang disembah oleh setiap orang yang tamak dan rakus. Dalam keadaan yang demikian, orang sudah tidak malu dari orang lain dan hilanglah rasa hormat menghormati. Yang penting dapat wang. Maka musnahlah akhlak dan runtuhlah segala budi dan yang wujud hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiap lapisan terhadap lapisan yang memerlukanya.
Gambaran kenyataan diatas juga dapat dilihat dalam pentadbiran, ekonomi, politik, sosial, perniagaan, projek kerja sesebuah negara, setiap negara mempunyai badan tersendiri dalam mengendalikan kes berkaitan rasuah.
Senario ini dapat dilihat melalui kes tangkapan dan pendakwaan oleh sesebuah badan berkuasa sesebuah negara tersebut.
Sebagai contoh di Malaysia pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat tangkapan dan pendakwaan terhadap pesalah rasuah.
Begitu juga negara - negara luar mempunyai statistik jenayah rasuah masing - masing.
Namun apa yang penting adalah langkah -langkah pencegahan awal perbuatan jenyaah tersebut daripada berlaku.
Memupuk kesedaran bertapa bahayanya amalan rasuah, adalah penting dalam diri seseorang dan organisasi bagi mencegah perbuatan ini berlaku.

Sumber : 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman dan Penulis sendiri
0 Comments