MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Program Invest Malaysia 2019


 
Program Invest Malaysia 2019 dianjurkan bersama Bursa Malaysia Bhd dan Malayan Banking Bhd bermula hari ini 19 Mac 2019 dengan tema ‘Ambition, Purpose, Clarity’ (Cita-cita, Matlamat, Kejelasan).

Kerajaan Malaysia akan terus menarik pelaburan bernilai tambah dan berteknologi tinggi serta berintensifkan pengetahuan dalam sektor pembuatan untuk melengkapi rantaian nilai dalam ekosistem industri yang disasarkan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan telah mengenal pasti industri aeroangkasa sebagai antara subsektor pemangkin dalam kajian semula pertengahan penggal Rancangan Malaysia Kesebelas.

Kerajaan Malaysia menyasarkan untuk menjadi negara aeroangkasa terkemuka di Asia Tenggara di samping menjadi sebahagian pasaran global penting menjelang 2030.
Usaha khusus sedang dilaksanakan bagi memenuhi keperluan tersebut merangkumi kemudahan industri, pembangunan rantaian bekalan tempatan, pembangunan kompetensi, penyelidikan dan teknologi serta kerjasama antarabangsa.

Tahun 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia, sinonim dengan sektor perkhidmatan dalam bidang pelancongan, Malaysia sememangnya  pemangkin dalam memacu industri pelancongan, selain itu tumpuan sector perkhidmatan juga kepada penjagaan kesihatan swasta dan perkhidmatan profesional, runcit serta makanan dan minuman.

Tun Dr Mahatir Mohamad bukan hanya mahu memperolehi pelaburan dari Jepun melalui Dasar Pandang ke Timur malah ingin mempelajari etika kerja rakyat negara maju itu, termasuk perasaan malu apabila gagal menyempurnakan tugasan, bekerja keras serta jujur, yang akan mendorong rakyat Malaysia melakukan yang terbaik.

Dr Mahathir menegaskan di samping pertumbuhan ekonomi dan institusi dititikberatkan, manfaat kepada rakyat juga adalah sama penting.

Kita tahu pembangunan negara bukan hanya mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar atau permodalan pasaran bagi pasaran saham, sebaliknya ia juga mengenai pembangunan taraf hidup yang lebih baik untuk semua orang.

Sumber : Bernama dan Penulis Sendiri

Post a Comment

0 Comments