MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pokok Buluh


Tertarik dengan saranan Menteri Industri Utama Malaysia yang dikeluarkan oleh utusan online pada 2 Mac 2019 agar rakyat negara ini disaran beralih kepada tanaman buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu di seluruh negara

Tetapi tanaman kelapa sawit perlu kekalkan dan diteruskan kerana penyumbang utama ekonomi Malaysia terutamanya penghasilan bahan mentah minyak kelapa sawit setelah diproses menjadi minyak makan dan sebagai keperluan utama masyarakat Asia serta keperluan industri export ke negara luar.

Didalam ruangan ini dibentangkan atau dibincangkan berkenaan pokok buluh dan faedahnya kepada ekonomi sesebuah negara khususnya Malaysia.

Buluh juga dikenali sebagai aur atau bambu merupakan suku bagi tumbuhan saka berbunga daripada keluarga Poaceae. Pokok buluh sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di Asia seperti Malaysia,  Jepun,  Indonesia, Thailand  dan  sewaktu dengannya.

Dari segi ekonomi apakah yang penanaman pokok buluh ini memberikan pulangan yang berbaloi dan menguntungkan kepada pengusahanya?

Sehingga hari ini belum ada lagi langkah yang meluas dan drastik atau besar-besaran untuk memperkenalkan industri Buluh kepada rakyat dan masih diperingkat kajian oleh kerajaan Malaysia di bawah kerjasama agensinya (MTIB, UiTM, FRIM, FITEC dan Pusaka) sejak tahun 2016 lagi. 

Menyokong usaha kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan industri penanaman pokok Buluh sebagai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi adalah sokongan yang bernas dan bijak. 

Buluh boleh dijadikan pasaran yang terbaik dan memberangsangkan di Malaysia, khususnya Asia kerana mendapat permintaan yang menggalakkan dalam industri ini.

Diantara faedah yang diperolehi melalui industri ini:-
  1. Membantu menjana ekonomi masyarakat luar bandar,  lazimnya masyarakat luar bandar mempunyai tanah pusaka dan luas dan sesuai bagi penanaman pokok buluh.
  2. Mengwujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar. 
  3. Merancakkan industri kraftangan berasaskan pokok buluh.
  4. Merancakkan industri perabot berasaskan pokok buluh.
  5. Sayur rebung yang diperolehi dari pokok buluh boleh dikomersialkan secara kecil-kecilan.
  6. Boleh digunakan didalam industri pembinaan
  7. Menyokong industri pelancongan melalui kraftangan,  rakit, pembinaan motel dan chalet.
  8. Berpotensi sebagai pokok tanaman hiasan (landskap) mencantikkan taman permainan,  halaman rumah, ruangan pejabat,  dan diletakkan ditempatkan yang sesuai.
  9. Berpotensi sebagai produk kesihatan seperti minuman garam dari pokok buluh.
  10. Berpotensi sebagai produk kecantikan sekiranya kajian dibuat.
  11. Membantu dalam industri pemakanan tradisional seperti lemang pandan,  lemang biasa,  lemang adalah salah satu makanan tradisional di Malaysia.
  12. Membantu dalam industri perikanan sebagai contoh dibuat bubu untuk nelayan kampung.
  13. Berpotensi untuk perniagaan export ke luar negara.
  14. Meningkatkan penadapatn KDNK kerajaan. 
Pokok buluh juga adalah tumbuhan yang cepat membesar dan mudah untuk di tanam,  bersesuaian dengan iklim Khatulistiwa.

Adalah menjadi harapan semua rakyat sekiranya kerajaan mengusahakan kaedah yang baik dalam mengurangkan kos sara hidup dan menjana ekonomi rakyat serta membasmi kemiskinan. 

Sumber : MTIB, Utusan Online, wikipedia dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments