Industri insurans hayat
mencatatkan pertumbuhan sederhana tahun lepas dari segi perlindungan kepada
rakyat Malaysia kepada RM1.51 trilion nilai jaminan ke atas polisi, peningkatan
sebanyak 9.6 peratus berbanding RM1.38 trilion pada 2017.
Persatuan Insurans Hayat Malaysia
(LIAM) berkata industri insurans hayat keseluruhan mencatatkan sejumlah 12.65
juta polisi manakala polisi kelompok meningkat 2.9 peratus pada 2018.
Mengenai prospek, Presiden LIAM
Anusha Thavarajah berkata prospek industri insurans hayat kekal positif kerana
peratusan penduduk dengan insurans hayat atau pelan takaful masih rendah iaitu
pada tahap 54 peratus.
Kenyataan diatas menggambarkan
pertumbuhan sederhana industri insurans hayat dan pelan takaful bagi tahun kewangan 2018.
Apakah penyebabkan industri insurans hayat dan pelan takaful masih
rendah di Malaysia.
1.Kurangnya kesedaran masyarakat
Malaysia terhadap pentingnya insurans hayat (Konvesional) dan pelan takaful
(Shariah) terhadap diri sendiri dan keluarga.
2.Kebanyakkan masyarakat Malaysia
mempunyai komitmen yang tinggi dalam Pembiayaan/pinjaman perumahan, pembiayaan
kenderaan, Pembiayaan peribadi dan kemudahan asas yang lain dan menganggap
mengambil insurans hayat dan pelan takaful adalah lebihan daripada pendapatan bulanan (gaji/upah).
3.Dasar kerajaan yang memberikan
kemudahan insuran hayat dan pelan takaful melalui syarikat insuran Great Estern kepada penerima Bantuan Sara Hidup secara autaomatik bagi yang layak
diberikan perlindungan insurans/takaful melalui mySalam yang diperkenalkan
baru-baru ini.
4.Insurans hayat/pelan takaful adalah sebagai pilihan dan tidak wajib kepada masyarakat dan hanya yang mampu sahaja dapat mengambil polisi insurans atau takaful tersebut.
5.Caruman bulanan yang mahal dan
komitmen bayaran bulanan menyukarkan masyarakat terutamanya golongan B40.
6.Kos sara hidup yang tinggi
tidak seimbang dengan kenaikan gaji dan kenaikan harga insurans hayat /pelan takaful.
7.Perkhidmatan yang diberikan
terhadap pencarum-pencarum insurans hayat/pelan takaful yang kurang mementingkan
pelanggan terutama dalam tuntutan insuran/pelan takaful menyebabkan pencarum
menghentikan caruman bulanan dan membatalkan polisi tersebut.
Langkah-langkah menggalakkan masayarakat Malaysia mengambil insuran
hayat/pelan takaful
1.Promosi berterusan dari
insitusi-institusi pengendali insurans hayat dan pelan takaful melalui ejen-ejen
yang dilantik, media sosial, media massa, media elektronik, dan teknologi 5G
membantu dalam meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia pentingnya insurans hayat Dan pelan
takaful.
2.Memberikan tawaran harga mampu
milik/beli menyumbang kepada pengambilan/pembelian insurans hayat dan pelan takaful
dalam meningkatkan pencarum-pencarum.
3.Bantuan dan galakan dari pihak kerajaan
amat diperlukan dalam menggalakkan masyarakat mengambil insurans hayat dan pelan
takaful seperti pemberian subsidi.
4.Kenakan gaji yang diberikan
oleh pihak kerajaan atau swasta haruslah sesuai dengan ekonomi yang mencabar dalam pemilikan polisi insurans hayat dan pelan takaful.
5.Memberikan perkhidamtan yang
terbaik kepada pencarum-pencarum adalah amat penting sekali dalam memastikan
pencarum tersebut setia dan menggalakkan raka-rakan/ahli keluarga mereka
mengambil insurans hayat dan pelan takaful.
Mengikut statistik yang diberikan
di atas kadar penembusan yang rendah dan ramai lagi rakyat Malaysia belum
mengambil insurans hayat dan pelan takaful memberikan peluang yang luas kepada industri
ini terutamanya kawasan bandar dan luar bandar.
Disini suka saya bezakan diantara insuarans hayat dan pelan takaful. Insurans hayat melibatkan perniagaan dan perkhidmatan konvisional, manakala pelan takaful melibatkan perniagaan Dan perkhidmatan patuh shariah biasanya diutamakan oleh masyarakat islam dalam pemilikan perlindungan.
Sumber: BERNAMA, Utusan Melayu
dan Penulis sendiri sebagai Ejen Takaful
0 Comments