BIMB Holdings Berhad (BHB) dijangka mengumumkan pelan penstrukturan semula
pada awal suku kedua tahun ini yang menyaksikan Lembaga Tabung Haji kekal
sebagai pemegang saham terbesar.
SYARIKAT/AGENSI/PERBADANAN
|
PERATUS PEGANGAN SAHAM
|
TABUNG HAJI (TH)
|
53.47 %
|
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
|
12.75%
|
PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB)
|
10%
|
KUMPULAN WANG PERSARAAN DIPERBADANKAN (KWAP)
|
2%
|
BHB dalam keadaan baik untuk melaksasnakan
pelan penstrukturan ini dengan saranan ’beli’ sasaran harga sehinggaRM4.30
sesaham
Petang ini (06 Mac 2019), harga saham BHB ditutup pada paras RM4.18
sesaham dengan pasaran modal RM7.46 bilion.
Prestasi Kewangan BHB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 merekodkan
keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM1.07 bilion I itu paras
tertinggi yang pernah dicatatkan kumpulan tersebut (TH,KWSP,PNB & KWAP).
Langkah penstrukturan dilaksanakan menerusi peningkatan dana ekuiti bagi
membolehkan BHB menyelesaikan terbitan sukuknya sebanyak RM1.3 bilion setakat
tahun lepas (2018).
“Pada 2018, melalui dana bersepadu am sebanyak RM500 juta telah
diselesaikan manakala selebihnya RM700 juta adalah nilai nominal.
Ketua Pegawai Eksekutif BHB, Mohd. Muazzam Mohamed berkata ‘Jika kita
mahu laksanakan penstrukturan ini, maka kita perlu selesaikan sukuk ini
menerusi peningkatan dana ekuiti. Sama ada ia melibatkan mekanisme tawaran
persendirian atau tidak, terdapat beberapa alternatif lain juga akan
dipertimbangkan.
BHB adalah syarikat pegangan kewangan yang memiliki pegangan 100
peratus dalam Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) (Perbankan)dan 59.64
peratus dalam Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd.(Takaful
Keluarga/insurans)
Bank Islam yang menyumbang 80 peratus kepada pendapatan BHB kemungkinan
akan mengambil alih status tersenarai dalam penstrukturan semula itu.
Dilaporkan penstrukturan itu melibatkan pertukaran saham antara BHB dan Bank
Islam.
Penstrukturan semula ini adalah satu keperluan kepada BHB supaya operasi
kumpulan lebih efisien dan pada masa sama membolehkan syarikat di bawah
pegangannya memasuki pasaran modal.
Penstrukturan ini langkah yang baik bagi syarikat operasi mendapat akses
ke pasaran modal terutama kepada bank. Pada masa ini Syarikat Takaful Malaysia
Keluarga Bhd. telah disenaraikan pada 30 Julai 1996.
Sumber: Utusan Online
0 Comments