Ulama mazhab al-syafie berdasarkan pendapat paling sahih menyatakan bahawa, tidak harus tuan punya harta memindahkan zakatnya ke tempat yang mencapai boleh qasar, jika di negeri tersebut masih terdapat golongan yang berhak menerima zakat iaitu golongan asnaf.
(Al-Nawawi, Majmu'al- Syarbini Mughni al-Muhtaj, al-Ramli , Nihayah al-Muhtaj)
Qasar di sini membawa maksud kelonggaran solat yang membolehkan solat jamak, jarak 2 Marhala dari perjalanan ke sesuatu tempat.
Sabda Rasulullah s.a.w "Nabi s.a.w menghantar Mu'az ke negara Yaman, Baginda bersabda :" Serulah mereka kepada mengucap tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t dan sesungguhnya saya ini (Muhammad s.a.w) adalah utusan Allah. Apabila mereka taatkan anda di dalam perkara tersebut, beritahulah kepada mereka yang Allah s.w.t telah fardhukan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam. Apabila mereka taatkan anda di dalam perkara tersebut, beritahu mereka yang Allah telah memfardhukan ke atas mereka zakat, diambil dari orang kaya mereka dan diagihkan kepada orang-orang miskin mereka "
(Hadis Riwayat : Al-Bukhari)
Hadis diatas menjelaskan bahawa zakat yang diambil daripada orang-orang kaya di negara yaman hendaklah diagihkan kepada orang-orang miskin di negara itu juga dan tidak harus dipindahkan ke negara lain.
Sebagai contoh warga negara/menentap tetap disesebuah negara tempat mencari rezeki hendaklah mengeluarkan zakat tersebut di negara tersebut seperti di Malaysia zakat yang dikeluarkan akan diagihkan di Malaysia juga melalui Pusat - Pusat Zakat Negeri.
Sebagai contoh warga negara/menentap tetap disesebuah negara tempat mencari rezeki hendaklah mengeluarkan zakat tersebut di negara tersebut seperti di Malaysia zakat yang dikeluarkan akan diagihkan di Malaysia juga melalui Pusat - Pusat Zakat Negeri.
Kesimpulannya " Wang zakat wajiblah diagihkan kepada asnaf yang lapan di dalam sesebuah negeri yang wajib zakat atas penduduknya. Zakat itu tidak boleh di pindahkan ke suatu tempat yang lain selagimana di negeri yang wajib zakat itu masih terdapat asnaf yang lapan.
Lapan (8) golongan Asnaf tersebut:-
- Fakir
- Miskin
- Amil
- Muallaf
- Al-Riqab
- Al-Gharimin
- Ibnu Sabil
- Fisabilillah
Wallahua'lam .
Sumber: Pusat Zakat Sabah dan Penulis sendiri
0 Comments