MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pembayaran Insentif RM 500 kepada Veteran ATM



Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu hari ini (01.04.2019) mengumumkan Kerajaan Malaysia akan memberikan pembayaran inisiatif Bantuan Harapan Negara (BHN) sebanyak RM500 kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pemberian pembayaran tersebut secara sekali sahaja (one-off) dan akan diberikan menjelang Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2019 melibatkan seramai 159,368 veteran ATM berpencen dan tidak berpencen, dengan peruntukan melebihi RM79.684 juta.

Jabatan Veteran Negara dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan permohonan bantuan tersebut itu.

Permohonannya akan dibuka bermula 14 April 2019 dan pembayaran akan dilakukan pada 27 Mei 2019.

Jumlah veteran yang menerima insentif itu kali ini lebih ramai berbanding tahun 2017, iaitu seramai 43,000 veteran tidak berpencen menerima bantuan tersebut.

Pemberian ini merupakan penghargaan berterusan daripada kerajaan PH kepada veteran ATM di atas kesetiaan dan pengorbanan kepada negara. Ia adalah usaha berterusan untuk menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM.

Semua pemohon BHN hendaklah memastikan akaun yang disertakan adalah betul, nombor kad pengenalan dan nama di akaun bank mestilah sama dengan maklumat yang tertera di kad pengenalan pemohon bagi mengelakkan penolakan bayaran (rejection). Akaun bank juga hendaklah dipastikan masih aktif iaitu terdapatnya transaksi kemasukan atau pengeluaran wang dalam tempoh 6 bulan ke 1 tahun.

Untuk keterangan lajut sila klik: http://www.jhev.gov.my/

 Sumber : Bernama & Jab. Hal Ehwal Veteran ATM






Post a Comment

0 Comments