Pembayaran BSH 2019 Sebanyak
RM100 secara one – off bagi Kategori Bujang akan dibayar mulai 28 Mac 2019.
Semakan status kelayakan boleh dibuat pada Menu Semakan Penerima Bujang.
Pembayaran berkenaan akan dilakukan berdasarkan maklumat BSH 2018 seperti
berikut:
Ada Akaun - Pengkreditan ke akaun pemohon berdasarkan maklumat
akaun bank yang didaftarkan semasa Permohonan BSH 2018
Tiada Akaun – Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan
Surat Makluman BSH 2019 yang akan diposkan kepada pemohon
Pendaftaran Permohonan, Kemas Kini dan juga penghantaran Dokumen
Sokongan BSH 2019 TELAH DITUTUP. Sebarang penghantaran Borang Permohonan,
Kemas Kini dan Dokumen Sokongan BSH 2019 tidak akan diterima oleh LHDNM.
Tarikh pendaftaran permohonan
atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019
Cetakan Salinan Surat Makluman
Lulus BSH bagi Fasa Pertama telah boleh dibuat cetakan secara dalam talian oleh
penerima Fasa Pertama BSH di Portal BSH
> MyBSH > Peti Mel > Surat-Surat mulai 1 Mac 2019. Selain daripada
cetakan secara dalam talian, penerima BSH juga boleh mendapatkan cetakan
Salinan Surat Makluman Lulus BSH Fasa Pertama di mana-mana Cawangan LHDNM mulai
5 Mac 2019.
Aplikasi Mobile Bantuan Sara
Hidup telah boleh dimuat turun di Play Store / App Store pada Telefon Bimbit
dengan Carian Bantuan Sara Hidup dan Logo Aplikasi adalah seperti berikut:
Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) pada 27
Disember 2018.
MyBSH telah dibuka bagi tujuan
Semakan Status oleh pemohon yang layak menerima Fasa Pertama BSH 2019. Pastikan
pemohon telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2018
supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi
membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.
Tindakan mengemas kini /
mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan
Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019) boleh dibuat oleh pemohon
sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon
Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019.
Bagi memudahkan masyarakat Sabah
& Sarawak untuk membuat permohonan atau semakan atau apa-apa urusan
berkaitan BSH, Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Sabah melalui Kementerian
Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter BSH bagi Kawasan
Pedalaman Sarawak dan Sabah. LHDNM dan BSN akan berada di lokasi mengikut
tarikh seperti jadual di bawah bagi kemudahan awam.
Sumber: LHDN Malaysia
0 Comments