Dalam keadaan industri minyak kelapa sawit Malaysia mendapat tentangan dari Kesatuan Eropah (EU) di klafikasikan sebagai berisiko tinggi dan bad practice.
Langkah dan usaha Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan terus meningkatkan aktiviti promosi untuk menambah pelaburan dalam pengeluaran produk berasaskan minyak sawit dengan nilai tambah yang lebih tinggi dalam merancakkan ekonomi serta menyokong industri minyak kelapa sawit adalah tindakan yang tepat.
Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport kedua terbesar dunia, mempunyai peranan penting dalam memenuhi keperluan global berasaskan minyak makan dan lemak. Diantara hasil kelapa sawit seperti bahan makanan, bahan tambahan makanan dan produk nutraseutikal.
Pelabur - pelabur perlu mengambil perhatian dan maklum bahawa MIDA komited dalam mempromosikan dan mengembangkan pelaburan berasaskan minyak kelapa sawit.
Untuk makluman sepanjang tahun 2018 sebanyak 12 projek diluluskan dalam industri produk sawit bernilai RM 384 juta.
Malaysia mengeksport produk sawit sebanyak 24.8 juta tan dan menyumbang RM 67.7 bilion dari segi perolehan kepada keseluruhan ekonomi negara pada tahun 2018.
Pada tahun 2018 negara India mencatatkan pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, diikuti Kesatuan Eropah (EU) dan China.
Sudah pasti cabaran, rintangan dan persaingan dalam mempromosikan minyak kelapa sawit / kelapa sawit akan melalui ketidaktentuan pasaran luaran seperti perhubungan China dan Amerika Syarikat (AS) dan dasar - dasar negara luar serta Kesatuan Eropah.
Pelabur-pelabur perlu mengambil tindakan yang bijak dalam pelaburan dan minyak sawit/kelapa sawit adalah pelaburan yang bijak dan kompetitif dan mempunyai ciri - ciri pemenang pasaran.
Sumber: Bernama dan Penulis sendiri
Pelabur-pelabur perlu mengambil tindakan yang bijak dalam pelaburan dan minyak sawit/kelapa sawit adalah pelaburan yang bijak dan kompetitif dan mempunyai ciri - ciri pemenang pasaran.
Sumber: Bernama dan Penulis sendiri
0 Comments