Daripada an-Nu'man bin Basyir RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu badan. Apabila ada salah satu anggota badan yang menanggung kesakitan, maka seluruh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan terasa panas (merasakan sakitnya)." (Muttafaqun 'Alaih)
Umat Islam adalah seumpama satu badan yang saling mencintai, mengasihi dan menyayangi. Ianya terbentuk daripada ikatan persaudaraan dalam Islam.
Daripada Sayyidina Anas r.a daripada Nabi s.a.w bersabda:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan beriman seseorangpun di kalangan kamu (secara sempurna) sehinggalah dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”
(Hadis Riwayat : Bukhari)
Sumber : Jakim dan Penulis Sendiri
Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apa jua keadaan. Saat bergembira akan dinikmati bersama begitu juga saat berduka tetap akan bersama mengharungi kesusahan serta keperitannya.
Nilai kebersamaan ini akan terbina apabila ada orang Islam yang memerlukan bantuan, maka orang Islam lain akan saling membantu dan meringankan beban yang dipikul bersama-sama.
Islam adalah agama kedamaian , kesejahteraan dan keselamatan seluruh alam, perkataan Islam itu sendiri bererti tunduk, patuh, selamat, sejahtera dan kedamaian.
Satu peristiwa semasa seorang mayat bangsa yahudi diusung lalu dihadapan Rasulullah s.a.w baginda memberi penghormatan dan sahabat Rasulullah s.a.w bertanya, wahai Rasulullah s.a.w bukankah mayat tersebut berbangsa yahudi? Rasulullah s.a.w menjawab bukankah dia seorang manusia juga?.
Peristiwa diatas menjelaskan bahawa islam itu agama kedamaian menghormati semua manusia tanpa mengira agama , bangsa dan agama.
Sumber : Jakim dan Penulis Sendiri
0 Comments