Industri kelapa sawit walaupun menyebabkan banyak hutan ditebang dan ekosistem hutan terganggu tetapi industri ini telah banyak memberikan manfaat kepada pengguna, masyarakat di dalam dan luar negara.
Penanaman kelapa sawit juga pada masa yang sama menggantikan hutan yang telah ditebang, sekurang -kurangnya menggantikan dan membekalkan oksigen dan menguatkan tanah semula, mencantikan pandangan semula dengan kehijuan pokok kelapa sawit.
Dakwaan penanaman kelapa sawit bertanggungjawab kepada aktiviti penebangan hutan adalah tidak berasas sekali, kenyataan ini di sangkal dengan penyelidikan menunjukkan industri minyak kelapa sawit Malaysia bukan pemacu kepada aktiviti penebangan hutan, malah industri daging lembu dan soya adalah penyumbang utama penebangan hutan.
Malaysia komited dalam memberikan jaminan untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada kawasan tanah di bawah kawasan liputan hutan pada sidang kemuncak Rio, Brazil 1992 dan komitmen ini masih di penuhi dan dijaga oleh Malaysia.
55.3 % adalah kawasan liputan hutan di Malaysia berbanding di kebanyakan negara EU seperti Francis, Jerman, Itali dan United Kingdom tidak sampai 55.3 % liputan kawasan hutan.
Kini Malaysia memberikan tumpuan kepada peningkatan produktiviti, hasil dan penggunaan tanah yang sedikit bagi pengeluran hasil yang maksimum, ini lebih produktif 10 kali ganda berbanding tanaman seperti jagung, soya dan conola.
Tidak dinafikan pengorbanan perlu dilakukan untuk tujuan ekonomi dan kemajuan masyarakt. Malaysia
Malaysia dan Indonesia adalah negara utama penanaman kelapa sawit di asia, 85% dari 70 juta tan minyak kelapa sawit dikeluarkan oleh Malaysia dan Indonesia serta sebagai sumber utama eksport ke luar negara.
Kerajaan menentang sekeras-kerasnya Akta Perwakilan yang akan dibentangkan Suruhanjaya Eropah untuk mengklasifikan minyak sawit sebagai ‘berisiko tinggi’, kata Menteri Luar, Saifuddin Abdullah.
Penggubalan dan maklum balas terhadap akta tersebut berasaskan dakwaan Kesatuan Eropah (EU) berdasarkan risiko relatif biofuel, adalah tidak jujur dan tidak tepat. Adakah Akta perwakilan ini hanya untuk melindungi minyak bijan, biji sawi, minyak bunga matahari, canola dan kacang soya di pasaran Eropah? Sekiranya bertujuan ini sehingga mengkelaskan oleh EU berisiko rendah, adalah tidak adil kepada Malaysia, Indonesia dan negara pengeluar minyak kelapa sawit.
Akta Perwakilan ini sekiranya hanya berpandukan asas saintifik dan alam sekitar serta politik adalah tidak adil kepada Malaysia, Indonesia dan negara pengeluar sawit, sedangkan minyak bijan, biji sawi, minyak bunga matahari, canola dan kacang soya serta daging lembu lagi banyak mengorbankan hutan, dan terbukti negara EU tidak sampai 55.3% kawasan liputan hutan.
Sekiranya Akta Perwakilan ini dilaksanakan:-
Akta Perwakilan ini sekiranya hanya berpandukan asas saintifik dan alam sekitar serta politik adalah tidak adil kepada Malaysia, Indonesia dan negara pengeluar sawit, sedangkan minyak bijan, biji sawi, minyak bunga matahari, canola dan kacang soya serta daging lembu lagi banyak mengorbankan hutan, dan terbukti negara EU tidak sampai 55.3% kawasan liputan hutan.
Sekiranya Akta Perwakilan ini dilaksanakan:-
- Menjejaskan ribuan pekebun kecil di Malaysia dan Indonesia, serta negara pengeluar sawit.
- Menjejaskan kerjasama dan hubungan kedua belah pihak.
- Tindakan yang tidak adil dan lebih kepada diskriminasi.
- Menjejaskan kredibiliti EU sebagai penyokong sistem berasaskan peraturan yang diterajui WTO.
- Mengecewakan apabila EU sebagai rakan yang boleh dipercayai dan bersekutu, akan menjejaskan kepentingan nasional Malaysia dan Indonesia menerusi cara ini berikutan mereka telah menjadi penyokong yang konsisten terhadap sistem perdagangan antarabangsa berdasarkan peraturan WTO.
Langkah - langkah negara Malaysia untuk mendepani isu ini :-
- Menggesa rakan serantau, rakan sejawat di Eropah dan majlis itu untuk menolak akta tersebut demi memelihara dan memperkukuh ekonomi dan hubungan perdagangan antara Eropah dan ASEAN.
- Malaysia perlu berkerjasama dengan negara-negara dalam Majlis Negara - Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) untuk membawa isu ini di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
- Malaysia melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi menghantar satu pasukan untuk mengadakan pertemuan bersama jawatankuasa EU bagi membincangkan isu pemboikotan minyak sawit.
- Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahatir Mohamad menjelaskan bahawa jika Akta Perwakilan itu dilaksanakan, Malaysia akan menyiasat tindakan balas terhadap eksport Eropah.
- Berdasarkan layanan yang tidak adil ke atas Malaysia oleh Norway parlimen Norway telah mengundi pada 3 Disember 2018 untuk mengehadkan dan menghentikan penggunaan minyak kelapa sawit secara berperingkat berkuatkuasa 1 Januari 2020, Pihak Malaysia memohon Norway mengkaji dan menilai semula perkara itu.
- Malaysia bersama Indonesia perlu berjumpa dengan negara - negara Eropah untuk menyuarakan bantahan.
Adalah diharapkan isu ini di selesaikan dengan baik dan win win situation, sehubungan itu isu ini perlu diselesaikan secara adil dan tanpa diskriminasi dengan layanan sama rata terhadap minyak kelapa sawit dan bekalan minyak yang lain.
Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan agresif terhadap Eropah yang akan mencetuskan ancaman langsung dan sasaran terhadap kepentingan ekonomi negara, kerana Malaysia menyokong perinsip keamanan sejagat dan kemakmuran ekonomi.
Malaysia sentiasa konsisten dalam menyediakan bukti dan kemapanan minyak sawit termasuk standard pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia yang menyeluruh.
Sumber : Utusan Online, Berita Harian, malaysiakini dan Penulis Sendiri.
Sumber : Utusan Online, Berita Harian, malaysiakini dan Penulis Sendiri.
0 Comments