MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Minyak Brent 2019

Pengurangan pengeluran bekalan minyak mentah Brent  daripada Pertubuhan Negara - Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), termasuk sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara Iran dan Venezuela mengakibatkan harga minyak mentah Brent meningkat mencecah paras tertinggi dicatatkan pada bulan November 2018 dan Mac 2019 senario ini berulang pada harga AS$68.64 setong.

Negara - negara OPEC  terdiri daripada :-
  1. Arab Saudi
  2. Iraq
  3. UAE
  4. kuwait 
  5. Iran
  6. Venezuela 
  7. Nigeria
  8. Angola 
  9. Algeria 
  10. Qatar 
  11. Ecuador 
  12. Libya 
  13. Gabon
  14. Guinea
Ibu pejabat negara - negara OPEC ini berpangkalan di Wina, Austria. untuk menjadi sebahagian dari OPEC perlu mencatatkan pengeluaran minyak mentah yang ditetapkan oleh OPEC.
Harga minyak mentah meningkat hampir sepertiga sejak permulaan 2019. Pengeluaran minyak mentah OPEC merosot daripada puncak 32.8 juta tong sehari pada pertengahan 2018 kepada 30.7 juta tong sehari Februari.
Kesan sekatan AS terhadap Venezuela, eksport  minyak mentah Venezuela ke AS akhirnya ditamatkan, termasuk eksport minyak Iran juga merosot kerana dasar AS mengurangkan eksport minyak mentah Iran sebanyak 20% ke bawah 1 juta tong sehari mulai Mei 2019 dengan mengharuskan negara pengimport mengurangkan pembelian untuk menghindari sekatan AS.
Stok minyak mentah AS minggu lalu jatuh hampir 10 juta tong, paling besar sejak Julai, didorong permintaan eksport dan penapisan yang kukuh, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga pada Rabu.
Simpanan jatuh 9.6 juta tong, kepada 439.5 juta tong, terendah sejak Januari.


Sumber : AFP dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments