Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda:"Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya."
(Hadis Riwayat: Bukhari)
Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, yang tertulis di dalam mushaf, dinukil daripadanya secara mutawatir dan diberikan ganjaran pahala beribadah apabila membacanya.
Umat Islam dituntut mempelajari al-Qur’an sama ada untuk memperbetulkan bacaannya atau memahami isi kandungannya sebagai pedoman dalam kehidupan.
Apabila seseorang Muslim mempelajari al-Qur’an maka Allah SWT akan mengurniai kemuliaan dan kelebihan yang besar. Manakala bagi mereka yang mahir dengan al-Qur’an dituntut mengajarkannya kerana Allah SWT akan memberikan kepadanya kemuliaan sebagai ahli al-Qur’an.
Al-Quran sebagai pedoman hidup di dalamnya tersimpan rahsia kehidupan dunia dan akhirat, sesiapa yang ingin berjaya di dunia al-Quran adalah sumbernya.
Sumber : Jakim dan Penulis sendiri.
0 Comments