MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Memerangi Kempen Anti-Sawit




Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Malaysia mungkin bertindak balas dengan menghentikan pengimportan barang tertentu dari Eropah/Kesatuan Eropah (EU) sekiranya negara Eropah masih meneruskan rancangan sikap tidak adil dan diskriminasi terhadap minyak sawit dan menyekat kemasukan komoditi (minyak sawit) itu ke negara mereka dari Malaysia.

Sekatan terhadap minyak sawit dilakukan bagi menjaga kekayaan ekonomi  EU, pengeluar produk makanan Eropah yang memasarkan lebih banyak produk makanan dengan label 'No Palm Oil' adalah tidak berasas, sebagaimana negara Eropah menyekat kemasukan teknologi dari China sebagai contoh telefon pintar 5G yang didakwa mempunyai ciri-ciri perisikan, tetapi sehingga hari ini masih belum dapat dibuktikan oleh awam mahupun Eropah.

Susulan Akta perwakilan  Kesatuan Eropah (EU) mengklasifikan minyak sawit sebagai ‘berisiko tinggi’, memberi kesan kepada kesihatan dan alam sekitar, penebangan hutan dan penanaman kelapa sawit akan menjejaskan hutan dan binatang liar seperti harimau, gajah serta orang utan adalah tidak benar, binatang- binatang yang dinyatakan diatas masih lagi wujud serta  terpelihara di Malaysia.

Dakwaan oleh EU bahawa minyak sawit beracun adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya ia adalah cubaan untuk menggambarkan seolah-olah minyak itu tidak boleh dimasukkan ke dalam makanan, dan ini tidak boleh diterima langsung. Propaganda bagi menjaga pasaran minyak mereka terutamanya minyak soya dan bijan, negara Eropah akan membuat dakwaan kononnya minyak sawit bahaya untuk dimakan dan tidak sihat. 

Parlimen Eropah dilaporkan sedang mengharamkan penggunaan minyak sawit untuk minyak bio atau ‘biofuel’, sementara rangkaian runcit British, Iceland, dilaporkan sudah mengumumkan bahawa ia akan menghentikan penggunaan komoditi itu.

Malaysia adalah pengeluar utama minyak sawit dunia. Malaysia dan Indonesia menghasilkan hampir 80 hingga 90 peratus minyak sawit dunia.

Sentimen anti kelapa sawit Eropah terhadap (Malaysia) memberi kesan eksport komoditi (Malaysia) meskipun Eropah bukan pasaran terbesar, baru-baru ini Filipina (negara Asia) memohon pemberhentian sementara import minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia, sebagai negara Asia sepatutnya situasi ini tidak terjadi memandang Filipina adalah ahli negara-negara Asia (ASEAN), berhubung Filipina kerajaan Malaysia akan berunding dengan Filipina untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Kerajaan Malaysia telah mengambil Langkah – langkah yang perlu dalam tindak balas itu termasuklah:-
  1. Mengkaji kemungkinan membeli pesawat pejuang dari China. (hanya cadangan dan perlu kajian mendalam).
  2. Mengurangkan ataupun menghentikan pengimportan barangan tertentu dari negara Eropah sekiranya perlu. (hanya cadangan dan perlu kajian mendalam) 
  3. Pelancaran Kempen Sayangi Minyak Sawitku oleh Kementerian Industri Utama bagi mempromosikan minyak sawit Malaysia dan memerangi kempen anti-sawit yang mengancam kehidupan rakyat khususnya Malaysia.
  4. Mencari pasaran baru (Timur Tengah dan Afrika Utara) untuk minyak sawit Malaysia. 
  5. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menggunakan pentas di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini bagi menyampaikan mesej diskriminasi barat terhadap industri minyak sawit.
  6. Kerajaan Malaysia akan terus bergerak dalam kerangka Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) bersama Indonesia dan Colombia bagi melawan naratif dan propaganda EU berhubung anti-minyak sawit ini secara berpasukan.
Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun menjelaskan tindakan membeli barangan dari negara lain sebagai langkah tindak balas bukan bertujuan melancarkan perang terhadap negara Eropah sebab Malaysia masih perlu membeli barangan mereka.

Justeru, katanya tindakan untuk mengurangkan ataupun menghentikan pengimportan barangan tertentu dari negara Eropah tidak akan dibuat secara tergesa-gesa dan kerajaan akan mengkaji impaknya terhadap negara sebelum mengambil sebarang tindakan.

Kabinet Malaysia juga telah meluluskan cadangan untuk mengehadkan perluasan kawasan tanaman sawit di negara ini kepada 6.5 juta hektar sebagai langkah memastikan kelestarian industri minyak sawit dan bersetuju agar penanaman kelapa sawit tidak digalakkan di kawasan tanah gambut manakala penukaran guna tanah Hutan Simpan Kekal bagi aktiviti penanaman sawit atau tanaman pertanian lain dilarang.

Minyak sawit adalah penyumbang utama kepada ekonomi, masyarakat dan kemakmuran Malaysia. Lebih 650,000 pekebun kecil bergantung kepada tanaman sawit dan jumlah ini mencecah 2.3 juta rakyat Malaysia sekiranya bilangan kanak-kanak daripada keluarga yang terbabit juga diambil kira.
Perjanjian perdagangan bebas (FTA) di antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) sukar untuk dicapai sekiranya minyak sawit terus menjadi sasaran diskriminasi membabitkan tarif dan halangan perdagangan teknikal. 

Adalah diharapkan negara Eropah mengkaji semula dan menarik kembali pengundian Renewable Energy Directive (RED) iaitu undang-undang EU yang menyelia semua peraturan berkaitan tenaga boleh diperbaharui, termasuk bahan bakar bio sawit dan membatalkan pemboikotan/pegharaman minyak kelapa sawit dan apa-apa produk berasaskan kelapa sawit oleh Kesatuan Eropah (EU), kerana setiap negara di dunia ini memerlukan diantara satu sama lain dalam memastikan kemakmuran ekonomi dan kepentingan manusia sejagat.

Sumber: Berita harian, Bernama, Malaysiakini, Utusan Melayu dan Penulis sendiri


Post a Comment

0 Comments