Di Malaysia masjid terapung mempunyai nilai kelasnya tersendiri seperti di Sabah, Terengganu dan Melaka dan menjadi tarikan pelancong serta pengunjung yang pergi ke masjid.
Masjid terapung ini secara langsung menggalakkan orang ke masjid bagi menunaikan solat dan beribadah kepada Allah s.w.t serta menjana ekonomi institusi masjid, negeri-negeri di Malaysia dan negara Malaysia.
Masjid Terapung, yang terletak di tebing sungai bandar raya Kuching, Sarawak menjadi tarikan terbaharu di bandar raya tersebut apabila secara rasmi telah dibuka.
Masjid yang bernilai RM21 juta, boleh menampung 1,600 jemaah pada satu masa, reka bentuk kejuruteraanya yang unik sekaligus menjadi simbol keagungan syiar Islam. Masjid Terapung ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri, Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud pada 1 Mac lalu.
Pemandangan pada waktu malam pula, Masjid Terapung yang dibina di atas tapak warisan jalan Kuching itu akan diterangi dengan lampu diod pemancar cahaya (LED) pelbagai warna bagi menaikkan lagi seri dan suasana di tebingan sungai itu.
Pemandangan ketika malam sangat mengujakan, lampu-lampu berwarna - warni jelas kelihatan tetang benderang.
Pemandangan ketika malam sangat mengujakan, lampu-lampu berwarna - warni jelas kelihatan tetang benderang.
Kemudahan tempat untuk berwuduk juga selesa, disediakan di luar dan dalam. Khidmat pengawal keselamatan juga disediakan oleh pihak masjid bagi mengawal keselamatan aset, harta benda dan keselamatan pengunjung/jemaah.
Panaroma Masjid Terapung Kuching ini sungguh indah, apabila menyusuri tebingan sungai ini dengan Sarawak River Cruise ataupun menggunakan kenderaan melimpasi Masjid ini pada waktu senja.
Masjid yang memiliki ciri rekaan dan binaan Timur Tengah, itu turut terbuka kepada orang awam yang bukan beragama Islam bagi memberi peluang melihat sendiri rekaan dalamannya.
Kedudukan Masjid Terapung yang strategik bersebelahan dengan Kuching Waterfront telah mengubah landskap setempat, sekali gus berpotensi menjadikannya sebagai ikon terbaharu dan menyokong usaha menjadikan bandar raya kuching indah dan bersih.
Sumber: Bernama dan Penulis sendiri
Sumber: Bernama dan Penulis sendiri
0 Comments