Prestiwa berdarah di oleh lelaki bersenjata yang melakukan
serangan di dua buah Masjid di Cristchurch, New Zealand Masjid Al-Noor dekat
Hagley Park dan Masjid Linwood di di pinggir bandar Christchurch, New Zealand yang
telah mengorbankan 49 orang Islam terbunuh dan 48 lagi cedera merupakan perkara
yang tidak sepatutnya terjadi dan mendapat kecaman dan kutukan dari pelbagai
negara dan pihak.
Perdana Menteri New Zealand,
Jacinda Ardern sendiri melabelkan lelaki bersenjata yang melakukan serangan di
dua buah masjid di Christchurch sebagai pengganas.
Seramai empat suspek telah ditahan dan tiga
daripadanya disyaki pembunuh manakala seorang lagi tidak mempunyai kaitan
dengan mereka.
Sekiranya kejadian ini berpunca dari ketidaksukaan
pengganas tersebut terhadap Agama Islam adalah tidak berasas sekali dan
pelaku-pelaku tersebut wajar di kenakan hukuman yang berat dan setimpal dengan
jenayah yang dilakukan olehnya.
Majlis Imam Kebangsaan Australia (ANIC) mengecam
sekeras-kerasnya insiden tembakan serta perbuatan keganasan di dua masjid
tersebut.
Ahli-ahli politik perlu memainkan peranan untuk
mengurangkan ‘Islamofobia’ dan kebencian terhadap satu kumpulan yang kini
semakin meningkat di Australia dan New Zealand.
Insiden ini berlaku dalam keadaan Islamofobia yang
sedang meningkat. Berdasarkan laporan, suspek adalah warga Australia yang
berkait dengan kumpulan ‘ketuanan orang putih’.
Insiden tragis dan sangat mendukacitakan ini
mengingatkan bagaimana rapuh masyarakat kita, Ia adalah kritikal untuk kita
berdiri bersama-sama sebagai satu komuniti dan menepis semua kebencian dan
keganasan yang ditujukan kepada komuniti kita.
Komuniti Islam di Australia dan New Zealand perlu
kekal tenang dan terus beri sokongan terhadap rakan-rakan yang memerlukan
bantuan.
Apa yang paling mendukacitakan
kenyataan dari Senator Queensland, Autralia, Fraser Anning yang mengeruhkan
keadaan lagi dan tidak berasas, beliau seolah-olah cuba menuding jari kepada
umat Islam dan menuduh insiden pembunuhan beramai-ramai itu berpunca daripada
program penghijrahan yang membolehkan golongan fanatik Islam berpindah ke New
Zealand.
Beliau mendakwa, Islam secara
keseluruhannya adalah sebuah agama ‘beridelogikan keganasan yang berlindung di
sebalik seorang pemimpin agama, yang mana menjustifikasikan peperangan tanpa
henti terhadap sesiapa yang menentangnya dan menyeru pembunuhan mereka yang
tidak percaya serta murtad.
Sementara umat Islam menjadi
mangsa hari ini, mereka selalunya adalah pelakunya. Di seluruh dunia, orang
Islam membunuh atas nama kepercayaan mereka pada skala yang besar,” katanya
seperti tertulis pada kenyataan berkenaan.
Anning menambah, hakikatnya,
Islam tidak seperti agama lain, tetapi sebagai sebuah agama yang bersamaan
dengan fasisme.
Walaupun mangsanya hari ini bukan
umat Islam, katanya, ia tidak menjadikan mereka tidak bersalah.
Kenyataan Anning ini tidak
meggambarkan Agama Islam itu sendiri, Islam adalah Agama Kedamaian, Agama yang
mencintaai kemakmuran dan menjaga hubungan sesama manusia.
Tiada agama yang membenarkan keganasan terhadap orang yang tidak bersalah, dan kejadian ini adalah bertentangan dengan ajaran semua agama.
Tiada agama yang membenarkan keganasan terhadap orang yang tidak bersalah, dan kejadian ini adalah bertentangan dengan ajaran semua agama.
Kenyataan Anning juga di bidas oleh Perdana Menteri
Australia, sendiri Scott Morrison menyifatkan kenyataan itu sebagai
‘menjijikkan’ dan tiada tempat di negara ini.
Perdana Menteri Norway, Erna Solberng hari ini juga
mengutuk serangan tersebut dan menyeru masyarakat antarabangsa supaya menentang
segala bentuk ekstremisme susulan kejadian serangan Christchurch, New Zealand.
Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd dan Penulis sendiri
0 Comments