Kerajaan Malaysia komited dalam
usaha mengembalikan imej Malaysia sebagai sebuah negara berintegriti di mata
antarabangsa dikembalikan semula sepertimana semasa era pemerintahan Tun Dr.
Mahatir Mohamad sebelum ini, malah lebih baik lagi dari sekarang dan pada masa
akan datang.
Tun Dr. Mahatir Mohamad berkata
sejak menjadi kerajaan Mei lepas, pelbagai langkah telah diambil kerajaan
Pakatan Harapan (PH) untuk meningkatkan integriti dan governans negara.
Kerajaan baharu yang ada sekarang
(kerajaan Pakatan Harapan (PH)) akan memastikan negara ditadbir secara bersih
dan tidak didasari kepentingan peribadi sehingga menyebabkan kerugian kepada
negara sebagai contoh kes berkenaan 1MDB.
Diantara usaha kerajaan Malaysia untuk
mengubah imej Malaysia daripada sebuah negara kleptokrasi sebelum ini kepada
negara yang berintegriti termasuklah:-
1. Penubuhan Pusat Governans,
Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Jabatan Perdana Menteri pada 8 Jun
lepas yang berfungsi memantau pelaksanaan program-program berkaitan secara
berterusan agar keberkesanannya dapat dilihat oleh rakyat Malaysia.
2. GIACC telah menubuhkan dua
jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) dan
Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR).
Fungsi JKKMAR bertindak untuk
menyelaras pelaksanaan pemantauan dan penilaian keberkesanan semua inisiatif
berkaitan governans, integriti dan anti-rasuah di semua sektor sama ada
kerajaan mahupun swasta.
Antara program yang telah
dilaksanakan ialah oleh JKKMAR :-
1. Penambahbaikan terhadap dasar
pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran kerajaan dan anggota Parlimen
kerajaan
2. Penambahbaikan terhadap
takrifan “Ahli Politik” yang didapati tidak sesuai dilantik sebagai pengerusi
atau ahli lembaga pengarah (ALP) sesebuah syarikat dan syarikat berkaitan
kerajaan (GLC).
3. Penambahbaikan terhadap
mekanisme penerimaan hadiah, keraian dan upahan oleh anggota-anggota
pentadbiran serta penjawat awam, dan anggota pentadbiran juga tidak lagi boleh
mengeluarkan surat sokongan.
Dr. Mahathir Mohamad berkata
segala tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia akan dikuatkuasakan dan
berjalan sepanjang masa untuk menentukan janji-janji kerajaan berkenaan
integriti, governans dan sebagainya akan terus terlihat dan memberi kesan
kepada masyarakat dan negara.
Usaha-usaha yang dilakukan juga
mulai mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sepertimana yang
dibentangkan oleh Malaysia semasa Persidangan Anti-Rasuah di Austria ,
baru-baru ini.
GIACC akan terus memantau semua
inisiatif di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah dan
Pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Nasional bagi memastikan pelaksanaannya membawa
impak yang positif kepada rakyat dan negara.
GIACC juga akan terus mengadakan
sesi pertemuan bersemuka dengan mana-mana agensi kerajaan bagi khidmat nasihat
dan membincangkan perkara berkaitan governans, integriti dan antirasuah dari
semasa ke semasa agar Malaysia dikenali kerana integritinya, bukan kerana
rasuah.
Sumber: Bernama & Penulis
sendiri
0 Comments