MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Majlis Tilawah Dan Meghafaz Al-Quran 2019


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad malam ini merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2019M.

Program yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), negeri Sembilan, Malaysia di sini itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan isterinya, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Intipati ucapan Tun Dr Mahatir Mohamad diantaranya menegaskan al-Quran sebagai pedoman hidup, panduan hidup dan cara hidup bagi penganut beragama Islam.

Jauhi sifat membalas dendam seperti yang kita ketahu peristiwa di Christchurch New Zealand telah mengorbankan ramai orang Islam, al-Quran tidak mengajar kita bermusuhan dan membalas dendam, sekiranya balas dendam berlaku orang yang tidak bersalah akan kena biasnya dan mungkin terbunuh oleh itu al-Quran tidak mengajar untuk balas dendam. Islam itu agama kedamaian, cintakan keamanan dan hidup saling menghormati.

Kita digalakan membaca al-Quran berulang-ulang walaupun tidak memahami maknanya,  tetapi adalah lebih baik mengetahui maknanya kerana hari ini al-Quran menyediakan tafsir atau terjemahaan bahasa Melayu, begitu juga dalam majlis tilawah al-Quran disediakn makna/seni kata pembacaanya.

Jadikan al-Quran sebagai panduan, pedoman dan cara hidup kita orang Islam. 

Seramai 28 peserta yang terdiri daripada 14 qari dan 14 qariah yang mewakili negeri masing-masing akan menyertai acara tilawah berkenaan.

Bagi menghafaz al-Quran, seramai 84 peserta berusia tujuh hingga 25 tahun akan bersaing dalam tiga kategori yang dipertandingkan.

Majlis perasmian malam ini yang dihadiri kira-kira 2,000 pengunjung turut disiarkan secara langsung di TV1 dan TV Al-Hijrah (saluran 114) serta melalui radio IKIM.FM serta melalui live streaming web TV Jakim dengan melayari laman web www.jakim.tv.

Pelbagai kemudahan turut disediakan sempena program itu termasuk skrin televisyen besar yang menyiarkan acara secara langsung, food truck, surau bergerak dan khemah pameran.

Sumber : Utusan Online dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments