MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Mahkamah Khas Rasuah Malaysia

Malaysia akan menubuhkan satu mahkamah khas rasuah supaya kes-kes berkaitan salah laku tersebut dapat dibicarakan dan dipercepatkan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Cadangan itu selaras dengan inisiatif pelan antirasuah nasional (NACP) di mana mahkamah khas tersebut dapat menumpukan kepada kes-kes terdahulu yang melibatkan rasuah.

NACP dilancarkan oleh Tun Dr Mahatir Mohamad pada 29 Januari 2019, diperkenalkan dan dibangunkan oleh Pusat Governs,  Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain.
Aantara contoh kes yang melibatkan pecah amanah dan rasuah 1MDB, penjualan tanah dengan cara menyalahi undang - undang melibatkan Kementerian Pertahanan dalam pembinaan kem tentera, bagi tujuan penempatan askar - askar meraih undi di kawasan tersebut. 
Kesalahan ini dilakukan secara landswap (pertukaran tanah) supaya mempercepatkan kem pertahanan didirikan dan selepas pilihan raya kem ini kosongkan.

Penubuhan makhamah khas ini tidak akan menjejaskan mahkamah sedia ada atau biasa kerana perbicaraan dan pendakwaan dijalankan di mahkamah biasa juga dan cadangan penubuhan mahkamah khas ini masih dalam penilian untuk diteliti.
Mahkamah khas rasuah ini, tidak akan mencampur adukkan dengan proses-proses mahkamah yang lain tetapi perkara ini perlu diambil secara serius bagi mengendalikan rasuah didengari dan didakwa secepat mungkin.
Sebagai inisiatif dalam menjayakan pelan  NACP, lagu Malaysia Bersih yang baru diperkenalkan akan dilagukan dalam acara tertentu selepas lagu Negaraku dinyanyikan bagi memupuk kesedaran tentang bahaya amalan rasuah dan setiap rakyat perlu menentang rasuah. 
Tun Dr Mahatir Mohamad menyatakan bahawa semua anggota kerajaan dan rakyat tahu pentingnya negara kita ini bersih dari rasuah supaya kita tidak dikenali sebagai negara kleptokrasi tapi dikenali kembali sebagai negara demokrasi.

Sumber: malaysiakini dan Penulis semdiri.

Post a Comment

0 Comments