Petroliam Nasional Bhd.
(Petronas) ialah sebuah syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia yang
ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia,
syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan
gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah
nilai kepada sumber-sumber tersebut
Berikut dikongsikan petunjuk
prestasi kewangan & Aset Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2018
Perkara
|
31 Disember 2018
|
31 Disember 2017
|
Perolehan
|
RM251 bilion
|
RM223.6 bilion
|
Keuntungan Selepas Cukai (PAT)
|
RM55.3 bilion
|
RM45.5 bilion
|
Jumlah Aset
|
RM636.3 bilion
|
RM599.8 bilion
|
Peningkatan Perolehan 12%
bersamaan RM27.4 bilion, peningkatan Keuntungan Selepas Cukai 22% bersamaan
RM9.8 bilion dan peningkatan Jumlah Aset RM36.5 bilion
Peningkatan diatas didorang oleh
pengukuhan nilai ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat (AS) yang
mengimbangi kesan daripada jualan rendah terutama Gas Asli Cecair (LNG) di
pasaran dunia.
Petronas juga komited akan membayar
dividen sebanyak RM54 billion kepada kerajaan Malaysia termasuk RM30 bilion
dalam bentuk dividen khas di bawah Belanjawan 2019 yang diumumkan tahun lepas
(2018).
Sumber : Petronas, Wikipedia, Utusan online &
Penulis sendiri
0 Comments