Pendapatan BIMB Holdings Berhad
("BHB") mencecah paras tertinggi baharu dengan Keuntungan Sebelum
Zakat dan Percukaian (“PBZT”) pada RM1.07 bilion bagi tahun kewangan berakhir
31 Disember 2018 ("TK2018").
Pengumuman yang dibuat oleh BIMB
Holdings Berhad ("BHB") di siarkan melalui malaysiakini.com suatu
petanda yang baik dalam industri perbankkan berasaskan konsep shariah yang
dijalankan oleh BIMB Holdings Berhad ("BHB").
konsep shariah meliputi Wakalah
(Agensi), Murabahah (Kos Campur), Kafalah (Jaminan), Bai’Dayn (Perdagangan
Hutang) dan Ujrah (Fi) konsep shariah bertujuan menjaga Maqasid Shariah dalam menghasilkan
maslahah (kebaikan) kepada umat dan mencegah kemudaratan. Elemen Maqasid
Shariah terdiri daripada Pemeliharaan agama, Pemeliharaan jiwa, Pemeliharaan
akal, Pemeliharaan keturunan dan Pemeliharaan harta.
Masyarakat hari ini telah mula
menerima dan menaruh keyakinan yang tinggi terhadap perniagaan dan
perkhidmataan yang ditawarkan & disediakan berdasarkan konsep shariah. Dengan
Prinsip Syariah / Halal dan Dipercayai menjadi ciri terpenting, Bank akan
meneruskan langkahnya menggunapakai prinsip VBI seperti Triple Bottom Line
("TBL"), iaitu mementingkan masyarakat, alam sekitar dan kemakmuran.
Berikut dikongsikan sedikit
maklumat keuntungan pihak BIMB Holdings Berhad ("BHB"):-
Perbankkan
1.Pendapatan lebih tinggi
berikutan kenaikan Kadar Asas dan Kadar Pembiayaan Asas sebanyak 25 mata asas
berkuat kuasa Februari 2018.
2. Pembiayaan meningkat RM3.6
bilion untuk mencecah RM45.7 bilion pada 31 Disember 2018.
3.Pertumbuhan pembiayaan yang
kukuh sebanyak 8.5%, hampir dua kali ganda pertumbuhan pembiayaan purata
industri sebanyak 4.3 % (November 2018.
4.Dari sudut pendanaan, deposit
pelanggan dan akaun pelaburan Bank berada pada RM49.9 bilion dan RM5.2 bilion
pada 31 Disember 2018 dengan peningkatan masingmasing sebanyak RM3.7 bilion dan
RM0.9 bilion.
5.Akaun Semasa dan Simpanan
("CASA") dan Akaun Pelaburan (IA) tanpa matang, deposit kos rendah /
nisbah IA berada pada 32.1%. Kedudukan pembiayaan Bank juga kekal sihat dengan
nisbah pembiayaan kepada dana sedia ada sebanyak 77.7%.
Takaful
Takaful adalah salah satu konsep shariah
yang di implementasikan dalam industri Insurans dan didefinisikan sebagai
menjaga dan menjamin keperluan seseorang berdasarkan perpaduan, tanggungjawab
bersama dan persaudaraan sesama ahli ia ini sekumpulan individu/organisasi di
dalam kumpulan tersebut saling menjamin diantara satu sama yang lain sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan
menimpa salah seorang daripada ahli mereka.
1.Kumpulan Takaful Malaysia
Keluarga Berhad ("Takaful Malaysia") mencatat kenaikan 32.9% dalam
PBZT kepada RM337.0 juta untuk TK2018, berbanding RM253.7 juta yang dicapai
pada tahun sebelumnya.
2.Pendapatan lebih tinggi yuran
wakalah yang timbul daripada pertumbuhan mantap dalam perniagaan Keluarga dan
Takaful Am.
3. Pendapatan operasi Takaful
Malaysia meningkat 23.4% pada TK2018 kepada RM2.639 bilion daripada RM2.139
bilion pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini disebabkan terutamanya oleh
jualan lebih tinggi yang dihasilkan oleh perniagaan Takaful Keluarga dan
Takaful Am.
4.Takaful Keluarga telah menjana
sumbangan diperoleh kasar sebanyak RM1.608 bilion, peningkatan 27.2% berbanding
RM1.264 bilion yang dicatat pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini disebabkan
terutamanya oleh jualan lebih tinggi daripada produk berkaitan kredit.
5.Takaful Am mencatatkan
sumbangan diperoleh kasar sebanyak RM685.8 juta, meningkat sebanyak 23.7%,
berbanding RM554.2 juta yang dicatat pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini
disebabkan terutamanya oleh kelas kebakaran dan motor.
6.Takaful Malaysia telah
memuktamadkan penyusunan semula perniagaan Perniagaan Takaful Keluarga dan Am
mengikut keperluan Seksyen 16 (1) dan 286 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
("IFSA"). Bank Negara Malaysia pada 29 Jun 2018 telah mengeluarkan
sijil berlesen bagi perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful Am masing-masing berkuat
kuasa 1 Jun 2018.
Diantara pemangkin lain kepada keuntungan BIMB Holdings Berhad
("BHB") adalah:-
1.Kesedaran masyarakat terutama
kepada pelanggan-pelanggan yang beragama islam mementingkan konsep perniagaan
yang suci, bersih dan halal.
2.BIMB Holdings Berhad bank yang
menjalankan perniagaan & perkhidmatan sepenuhnya berlandaskan konsep
shariah.
3.Mempunyai Majlis Penasihat
Shariah menjadi keyakinan kepada pelabur-pelabur beragama islam untuk melabur
dalam BIMB Holdings Berhad (Bank Islam). Wang yang dicarum di Bank Islam
dilabur dan digunakan di tempat yang dibenarkan sahaja (halal).
4.Masyarakat/pelabur/pelanggan
yakin dengan prestasi Bank Islam yang bebas dari persepsi yang negatif.
5.Bank Islam perbankan yang
mengeluarkan zakat kepada institusi zakat berdasarkan keuntungan tahunan.
6.Membantu mengembangkan ekonomi
islam itu sendiri.
7.Belanjawan 2019 yang diumumkan
oleh kerajaan Malaysia memastikan pertumbuhan ekonomi Islam. Ini termasuklah
keutamaan berterusan ke atas perbankan Islam, pengembangan industri
produktiviti halal, meningkatkan Skim Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana
("SME") patuh Syariah dan inisiatif digital.
Pemangkin-pemangkin yang
dinyatakan diatas hanyalah sebahagian daripadanya, banyak lagi faktor-faktor
yang mempengaruhi keuntungan Bank Islam diantaranya dasar kerajaan, politik, social
dan budaya masayarakt Malaysia.
Sumber: BIMB Holdings Berhad
("BHB") (Bank Islam), malaysiakini.com dan Penulis sendiri.
0 Comments